.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Tak sanggup lagi tengok badan yang makin membesar. Camane ek nak buat?? Makan rasanye dah kurang....
Ape lagi yang tak kena??
Nak kena makan ubat diet jugak ke??
Nak kena excersice kata orang. Tapi masih mencari kesempatan masa nak berjogging.
Padahal kat rumah macam-macam boleh buat...Yoga, Aerobik...
Treadmill ado, dumbbells ado..apo lagi nak??
Nak marah kat diri sendiri yang tak reti bahasa. Ntah bila nak buat bende-benda yang sebenarnya dah tahu, bukan jahil pun. Ishhh...
Saya nak badan macam ni semula!!!Labels: Rambling
Baru nak meng'update' trip ke Phuket 23hb Dec 2011 til 24hb Dec 2011 aritu. I agak malas nak bercerita panjang lebar lagi buat masa ni. So, nanti kalau rajin i will update this entry dengan cerita2 nye skali. Kalau ada cerita tu maknenye entry ini sudah di'update'. And....let the pictures here talk..
our bilik at Royal Palm Beachfront Hotel. Opposite dengan Patong Beach. 1mins walking distance
our 1st day. Lepak @ Red Cafe, Patong Beach
Pencarian makanan pertama di Patong adalah Tomyum yang agak lazat ni. Memang sedap and original
His fav thai food, PhadThai
Sunset view..
Ladyboy at Bangla Soi. Bangla Soi ni tempat yang kire happening kat Phuket. Happening hanya di waktu malam. Siangnya hanyalah jalan biasa. Bile malam semua bar di tepi-tepi penuh dengan gadis-gadis yang tak tentu ada kegadisan and fondan-fondan yang lebih cantik dari gadis-gadis.
Bar-bar di Bangla Soi hampir kesemuanye menghidangkan pole dancer. Tak payah masuk kat dalam bar, dari tepi jalan pun boleh cuci mata.
Ini aktiviti kitorang selama di Phuket, supper with the best sotong bakar. Ini bukan pakcik sotong yang sebenar okey, dia hanya penyeri gambar semata-mata. Uppsss..berseri ker?...
Ini satu lagi makanan yang menjadi kegamaran ramai bile di malam hari.. CREPE. Macam-macam flavour ada,tapi aku pilih coconut +chocolate. Sedap gak la buat jadi supper..
Amalan kami di waktu siang, kalau takde pergi mana2, kami lebih suka lepak and sunbathing (ala-ala mat saleh celup) di tepi Pantai Patong yang hanya di depan hotel kami, jarak seminit berjalan kaki.best oooo sebab layan sungguh ngan angin laut and cuci-cuci mata tengok orang topless..upppssss..
Second nite kitorang bergumbira (actually takde la gumbira sangat) di FantaSea.ianya macam Genting Highland la, tapi bukan ada game macam kat genting tu. Yang ada macam stage show, elephant ride, kedai2 kalau nak menyoping and banyak lagiPepagi hari di hari yang ke3, kitorang ada trip ke PhiPhi Island.
Tengok orang yang menunggu di jetty pun aku agak nanti sure tak best dengan seramai ni ada di pulau yang kecik tu. Memang Mr Rush dah habaq awal2 dun expect much bile pergi PhiPhi kalau peak season ni. So aku dah set my mind supaya tak berharap lebih2. Yang excited sangat sebab orang cakap cantik and nanti leh gi tengok tempat yangnpaling glemer di Phiphi tu iaitu Maya Bay. Dulu Leonardo De Caprio penah berlakun citer The Beach kat situ. Dalam cite tu memang tempat tu cantik sangat hingga membuatkan serata alam orang nak gi tengok tempat tu. Tu yang membuatkan Maya Bay, PhiPhi Island tu glemer sangatLaut was so choppy and berjaya buat aku seasick. Hampir termuntah la aku masa naik speedboat tu
Ini speedboat yang kitorang naik. The boatman tu kata that was the 2nd day boat tu bergerak. Memang baru lagi la. But that was 1st time for me tengok speedboat sebesar tu, boleh muat 100pax and ada enjin 5 buah plak tu. From Patong Beach to PhiPhi Island, kalau naik cruise memang amik masa lama skit, dalam 3 hours. Tapi untuk speedboat plak kebiasaanye amik masa sejam je. Tapi aritu laut yang macam berperang sedikit, membuatkan perjalanan mengambil masa lebih panjang sikit. Uishhh...i mabuk laut weiii. Jarang sangat i mabuk tau. Teruk sangat keadaan laut tu. Terpaksa i menidurkan diri dalam boat untuk mengurangkan pening. Nasib tak muntah je.
Sesampai at our first destination di PhiPhi iaitu di Maya Bay, rase macam sampai kat pasar borong. Ini bahana datang peak season. Huhuhu.. Nasib tak expect lebih2. Tapi perasaan frust tu memang la ada, tak dapat dielakkan. Sebabnye, tengok tempat yang cantik, tengok air gile best, tapi nak berenang pun takde tempat. Ye la, semua tepi pantai dah jadi tempat nak park boat. Frusttttt..
PhiPhi Island ni memang cantik sangat. Mane tak geram nak terjun ke dalam air tu. Tapi ramai nye maknusia, segan plak nak swim sambil orang ramai tengok. Macam show ikan dugung plak.. Tapi memang disappointed la dengan keadaan kat situ. Patutnya dorg limit kan maknusia yang masuk kesana. Jangan sebab nak kaut untung yang lebih, tak ambil kira pasal kepuasan pengunjung dah. Elok-elok tempat ni berpontensi untuk orang datang lebih dari sekali,tapi sebab macam ni keadaanye, orang serik nak datang lagi pas2 ni. Macam i lah...sigh..
Waktu lunch kitorang dibawa ke satu pantai lagi, aku pun tak ingat nama tempat tu tapi still kat PhiPhi. Makan buffet dengan menu spaghetti bolognaise, nasi putih, ayam goreng, sayur goreng, daging kicap (tak sure, tapi nampak cam daging kicap) and fruits. Sigh, satu lagi ketidak puasan hati berlaku, memang tak sedap langsung makanan at situ.
Dah siap lunch, lepak-lepak jap pastu berangkat ke satu island yang berdekatan untuk mencari kawasa yang boleh swim. Dalam package memang ada aktiviti snorkeling, tapi sebab cuaca yang agak teruk masa tu, memang bahaya nak buat aktiviti tu kat PhiPhi. Island yang kami singgah tu namanya Cay Island. Kecik je island nye. Tapi ade kedai-kedai kat situ and pengunjung boleh melepak di beach chairs yang tersedia kat situ. At the end of the PhiPhi trip tu, memang kami pulang camtu je la. Berbekal sedikit kehampaan. Sampai kat jetty Phuket dah macam ribut taufan melanda. Kuat gile angin yang nak terbang semua bende. Takut plak bile teringat Tsunami yang melanda Phuket dulu terjadi waktu christmas gak. Huhuhuhu..
Untuk malam terakhir kami disana, kitorang buat aktiviti yang sama seperti malam2 yang sudah iaitu cuci-cuci mata kat Bangla Soi. Tak de yang menarik sangat pun. Tapi sebelum tu kitorang lepak kejap kat Hardrock Cafe Phuket.
Malam tu ada Wet Party berlangsung kat Hardrock tu. So ada stage show skit la. Huhuhu.. Tak boleh blah muka sesorang. Tapi itu lah taste mat saleh yang pegi. Exotic katenye!Untuk hari terakhir, seharian kitorang menghabiskan masa menjadi ikan dugung yang terdampar di Patong Beach tu. Flight to KL 9pm, so dari pagi hingga kul 5pm kami lepak je kat pantai depan hotel tu. Best oooo.. I and Mr Rush memang gile punye enjoy berlepakan camtu. Lainkali nak datang Phuket just untuk aktivity tu je. Masa tu la terfikir alangkah best hidup kalau tak kerja tapi ada duit and bercuti lepak macam tu je..........
Hanya angan-angan yang mustahil untuk kitorang....
Teeeeetttttt...
Labels: vacation