.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Happy Leap Year 2012!!
  Wednesday, February 29, 2012

Weee... Suda lama tida berblog, even melompat-lompat di blog-blog orang lain. Semakin hari saya menjadi seorang pemalas untuk buat ape-ape keje pun sehingga menyebabkan saya rasa saya seorang yang useless. Tapi bukan useless kepada suami saya, sebab sudah tentu saya perlu menjadi berguna kepada suami saya.

Yaww..harini 29th Feb 2012. Semua orang tau harini adalah hari untuk melompat beramai-ramai kan?? Ok, mari kita melompat!!

Disebabkan harini hari yang spesel sikit dari hari lain, so aku kene merajinkan diri menjadi orang yang berguna sedikit untuk mengupdate blog aku yang hampir musnah ni.

Takde ape-ape cerita menarik pasal aku. Cuma lately busy outstation. Ni pun baru balik dari Sandakan and KK. 5hari gak la berjauhan dengan Si Dia yang tercinta. Huk..huk..huk.. Tak suka! Tapi disebabkan bekerja mencari rezeki yang halal untuk menyokong keperluan hidup. Arghh..boring la berayat camni.

Dua tiga hari lepas iaitu on Sunday, aku buat keputusan yang sangat besar untuk kebaikan aku. Aku dah tak sanggup menanggung bebanan ni. Masalah aku adalah rambut gugur dengan amat banyak!! Tak suka, okey!! Tiap-tiap hari segumpal rambut yang gugur aku boleh kumpul. Kalau sebulan dah boleh buat wig. Memang la rambut aku tebal and banyak. Tapi kalau dah gugur tiap-tiap hari camni, lama-lama aku boleh botak gak. Pastu, yang tak cantiknye bile rambut yang gugur tu tumbuh balik. Dah mencacak tak tentu hala. Nampak sangat rambut aku ni rosak teruk.

So, dengan tak membuang masa aku pun pegi menyelesaikan masalah ni di saloon. POTONG LA..ape lagi kan..




Ini yang orang panggil Bob Cut. Ok tak?? Hairstylish tu pun duk mengomel pasal rambut aku yang tebal. Aku tengok banyak gile rambutku yang terkorban. Ye la, before this rambut aku dah 10inch bawah bahu..panjang tuuu... Tapi ramai orangbtak perasan kepanjangan rambut aku tu sebab most of time aku sanggul je rambut aku tu. Kecuali time ada event and aku sempat gi set kat saloon. Ermmm..takde lak gamba time rambut panjang nak letak kat sini. Sebab bile check balik, tengok semua gamba aku bersanggul je.. Huhuhuhu...

Kesimpulan : aku enjoy harini dengan gaya rambut baruku ini.. Hehehehe tak terkecuali Mr Rush yang sangat berpuas hati dengan penampilan baru isterinya ini. Tq sayang..

- Posted using BlogPress from my iPad






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->