.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Inginkan Zuriat Cepat Dan Sihat, Tingkatkan Kualiti Sperma
  Wednesday, August 15, 2012


Oleh: EDITORIAL PESONA PENGANTIN

Tarikh: 14 Ogos 2012


“Sejauh mana kesuburan anda dan pasangan? Sudah menjadi lumrah di alam perkahwinan, zuriat diimpikan dalam kehidupan berkeluarga sebagai pelengkap dalam kehidupan.”
‘Subur’ dari segi hubungan intim tidak semestinya difokuskan kepada wanita sahaja. Lelaki juga perlu memiliki kesuburan yang tinggi untuk mendapatkan zuriat yang sihat dan cepat. Anda perlu ketahui cara untuk meningkatkan kesuburan sperma, agar penantian untuk mendapatkan zuriat tidak terlalu lama.
Anda menginginkan sperma yang subur dan aktif, teruskan membaca dan praktikkan dalam kehidupan seharian, bermula dari sekarang. Cubalah!
1. Ambil Vitamin C dan E serta herba
Vitamin C dan E dapat membantu sperma menjadi kuat untuk berenang dan bergerak, seterusnya memberi peluang yang tinggi untuk mendapat zuriat. Selain itu, herba Maca, Ginkgo Biloba, Muira Puama, dan Horny Goat Weed juga dapat meningkatkan kesuburan sperma anda.










2. Makanan yang tinggi kandungan zat besi
Tiram mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dalam kategori makanan laut. Untuk peningkatan kesuburan sperma yang berpanjangan, perbanyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang, marjerin dari bunga matahari dan tomato.
3. Minum air mineral
Elakkan tubuh dari terhidrat, yang menjadikan sel dalam badan kering dan tidak subur. 6 gelas air sehari perlu diminum agar pengaktifan sel sperma ditingkatkan.
4. Lakukan senaman kegel (alat sulit)
Senaman kegel perlu dilakukan selalu agar alat sulit anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan aktif! Semasa membuang air kecil, cuba hentikan atau lambatkan aliran air kencing. Apabila anda boleh memperlahankan atau menghentikan aliran air kencing, maka anda sebenarnya berjaya mengenal pasti kedudukan otot kegel tersebut, kerana untuk menghentikan aliran air kencing, kita perlu menarik otot di bawah bahagian kelengkang. Itulah sebenarnya otot Kegel.
Dalam keadaan sedang duduk, tarik atau kecutkan otot kegel dalam lima kiraan secara perlahan. Kemudian, lepaskan semula otot tersebut juga dalam lima kiraan secara perlahan. Ulangi lagi sebanyak 10 kali. Lakukan senaman sedemikian sebanyak tiga kali sehari. Setelah beberapa hari, ubah cara latihan dengan melakukan senaman tersebut dalam pelbagai kedudukan seperti berdiri, berbaring bahkan semasa semua kedudukan di dalam solat. Latihan sedemikan harus diteruskan dari masa ke semasa. Dengan senaman sedemikian, bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas bahkan meningkatkan lagi kemampuan alat sulit anda.
5. Aktif melakukan hubungan intim
Hubungan intim bersama pasangan sebenarnya dapat meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Selain meningkatkan kemampuan untuk memiliki zuriat, tubuh badan juga akan menjadi sihat.
6. Bersenam
Senaman larian atau berjoging dapat meningkatkan kualiti penghasilan sperma di samping pengaliran darah yang lancar ke bahagian zakar. Seterusnya, testosteron akan menghasilkan sel sperma yang banyak di kala itu!
Selain mencuba tip di atas, anda juga perlu sentiasa berusaha untuk memiliki zuriat yang diidamkan. Usah gusar dan putus asa sekiranya anda lambat memiliki cahaya mata. Ini kerana, kurniaan Tuhan yang diberikan mempunyai hikmah disebaliknya. Teruskan usaha, anda pasti akan berjaya.

Info Tambahan :
Sel sperma yang subur akan bertahan selama 24 hingga 36 jam untuk sekali pancutan. Seterusnya, ia akan dikitar semula dan sel sperma yang baru akan matang dalam tempoh 24 hingga 36 jam yang seterusnya!






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Demam yang belum reda
  Monday, August 6, 2012

Temperature badan Dhia still tinggi lagi. Bila bagi makan ubat, temp tu turun balik.

Aku terpaksa amik EL sebab nak jaga budak kecik tu. Tapi, bagu gak aku amik EL. Sebab badan aku pun rasa lain macama je, cam nak demam gak.




Dhia kat rumah punya la banyak perangai. Sekali dia ok, sekali mengamuk. Pastu bergalok semula. *mood naik-turun*





Kemain tengok tv..ni time mood baik



Tapi bila tengok, cam kesian sangat. Dia nampak cam tak selesa and ditambah plak kelaparan. Mana tak lapar, susu ditolak nya. Maybe sebab tekak tak sedap nak menelan dengan kahak banyak kat tekak tu.

Last-last, aku tak tahan sangat kesiankan tengok dia macam lapar je, aku terus bancuh Nestum dicampur dengan susu yang dia dia minum

Sesudu Nestum + Susu tepung

Nahhh!!!

Habis wei...!!!
Licin je dia ngap semua yang tadi. Siannn...memang lapar la tu. Siap pas suapan terakhir tu, mengamuk macam tak cukup. Hohohohoho..

Nak tak nak, aku cuba bagi susu plak..Alhamdulillah, dia minum. maybe kahak tu dah hanyut ditolak masa makan nestum tu kot. dah kenyang, apa lagi... Tido la dia akhirnya..





Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Dhia Tak Sihat
  Sunday, August 5, 2012

Dhia start batuk and demam.


Time nak tido pun nak meragam je keje die. Maybe sebab tak selesa. Temperature badan agak tinggi, 37 degree. Terus kitorang suapkan paracetamol syrup yang dapat dari Gleneagles aritu. Ubat demam yang ni amatlah bagus, cuma yang tak bagusnya ubat batuk yang dapat dari klinik biasa tu. Bagi Dhia makan, memang tak mengurangkan batuk langsung. Bagi Dhia cirit birit adalah. lagi lah bertambah kesiannya kat budak kecik tu.

Muka budak demam
Muka demam..sedih je nengoknye..

Aku pun mula kalut nak bawa Dhia gi klinik. Ye la.. Sape tahan tengok anak batuk ditambah dengan batuk berkahak.. Adehh.. Tak sukanya!! Tapi fikir-fikir balik, takkan everytime batuk sikit, terus nak g klinik...demam baru sikit..terus nak gi klinik. Kalau pergi pun sure doktor bagi ubat yang sama. Lainlah dia punya demam and batuk tu lain macam je, itu memang kene terus bawa gi klinik dengan secepat ,mungkin!

Dah rehat- rehat lepas makan ubat, temp badan Dhia back to normal.

Apa lagiii... Terus mummy and daddy ni mengatur plan untuk pergi ke One World's Baby di Taman Permata. Plannya memang dah dibuat beberapa hari lebih awal, nak gi beli PlayMat untuk Dhia memandangkan Dhia dah start pandai meniarap. Umah kami tu hanya bercarpet dan marble sahaja. Nak dibiarkan budak Dhia tu atas carpet, memang tak ahhh! Kang nanti duk telangkup muka and jilat-jilat carpet tu , kurang bagus plak untuk dia. Memang la carpet tu selalu di vacum cleaning, tapi mummy and daddy tidak berapa yakin untuk dilepaskan Dhia bermaharajalela disitu. So, kami berfikir untuk membeli safety baby playmat adalah langkah yang terbaik. Before nak gi beli, memang dah buat survey beberapa jenis playmat yang bersesusaian dengan dhia dan juga kemampuan kami. Ada tu yang almost RM1k rege..huhuhu.. Nak tu memang nak, tapi kalau ada yang setara tapi boleh dapat dengan harga murah, bagus lagi rembat yang murah tu. kalau aku banyak duit berlebihan, tak kisah pun nak beli yang mahal tu. So kesimpulannya, aku pilih yang murah sikit. Yang penting materialnya bagus and selamat for Dhia.

Berguling-guling dengan hati yang sungguh girang
 

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->