.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Dhia start batuk and demam.
Time nak tido pun nak meragam je keje die. Maybe sebab tak selesa. Temperature badan agak tinggi, 37 degree. Terus kitorang suapkan paracetamol syrup yang dapat dari Gleneagles aritu. Ubat demam yang ni amatlah bagus, cuma yang tak bagusnya ubat batuk yang dapat dari klinik biasa tu. Bagi Dhia makan, memang tak mengurangkan batuk langsung. Bagi Dhia cirit birit adalah. lagi lah bertambah kesiannya kat budak kecik tu.
Muka demam..sedih je nengoknye..
Aku pun mula kalut nak bawa Dhia gi klinik. Ye la.. Sape tahan tengok anak batuk ditambah dengan batuk berkahak.. Adehh.. Tak sukanya!! Tapi fikir-fikir balik, takkan everytime batuk sikit, terus nak g klinik...demam baru sikit..terus nak gi klinik. Kalau pergi pun sure doktor bagi ubat yang sama. Lainlah dia punya demam and batuk tu lain macam je, itu memang kene terus bawa gi klinik dengan secepat ,mungkin!
Dah rehat- rehat lepas makan ubat, temp badan Dhia back to normal.
Apa lagiii... Terus mummy and daddy ni mengatur plan untuk pergi ke One World's Baby di Taman Permata. Plannya memang dah dibuat beberapa hari lebih awal, nak gi beli PlayMat untuk Dhia memandangkan Dhia dah start pandai meniarap. Umah kami tu hanya bercarpet dan marble sahaja. Nak dibiarkan budak Dhia tu atas carpet, memang tak ahhh! Kang nanti duk telangkup muka and jilat-jilat carpet tu , kurang bagus plak untuk dia. Memang la carpet tu selalu di vacum cleaning, tapi mummy and daddy tidak berapa yakin untuk dilepaskan Dhia bermaharajalela disitu. So, kami berfikir untuk membeli safety baby playmat adalah langkah yang terbaik. Before nak gi beli, memang dah buat survey beberapa jenis playmat yang bersesusaian dengan dhia dan juga kemampuan kami. Ada tu yang almost RM1k rege..huhuhu.. Nak tu memang nak, tapi kalau ada yang setara tapi boleh dapat dengan harga murah, bagus lagi rembat yang murah tu. kalau aku banyak duit berlebihan, tak kisah pun nak beli yang mahal tu. So kesimpulannya, aku pilih yang murah sikit. Yang penting materialnya bagus and selamat for Dhia.
Berguling-guling dengan hati yang sungguh girang
Labels: Dhia