.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Saya penat tiap-tiap hari mendengar mengenai politik Malaysia and memang ianya bukan my interest. Tidak menguntungkan untuk saya mempunyai minat terhadap benda-benda seperti ini.
Yang peliknya ada pihak tidak penat-penat menuduh pihak lain dengan pelbagai tuduhan. Mungkin benar and mungkin tidak.
Pentingkah perkara-perkara begini menjadi isu yang sangat BESAR sedangkan banyak perkara lain yang mereka-mereka ini perlu lebih ambil berat. Ibarat seperti 'disusukan anak orang, anak sendiri kelaparan'.
Hampir tiap-tiap hari ditv or di suratkhabar terpampang berita-berita seperti MENUDUH, DITUDUH, sumpah laknat dan bermacam-macam yang saya muak untuk melihatnya. yang lucunya, sampai wujud 'Siaran lintas langsung Sumpah Laknat ' yang dibuat.
Come on la, slow kan lah sikit pengeluaran berita-berita macam ni. Kesalahan sendiri disorok, kesalahan orang lain dibesar-besarkan.
Yang rakyat perlukan sekarang adalah PEMIMPIN yang sebenar. Bukan pemimpin yang gilakan politik kotor. Rakyat perlukan pemimpim yang boleh menjaga negara dan rakyat, menjaga kebajikan, bukan mengaibkan negara dengan memperbesarkan isu-isu yang tak sepatutnya.
Saya bukan menyebelahi mana-mana pihak. Saya bukan PRO-KERAJAAN ataupun ANTI-KERAJAAN. Saya mencari kebenaran dan keamanan.
Saya akan memilih (mengundi) pemimpin bukan yang gilakan parti, pangkat dan nama... Saya memilih pemimpin berdasarkan sumbangan ikhlas mereka untuk rakyat.
Labels: Malaysia