.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Perusahaan Susu Badan
  Friday, April 6, 2012


Dari dulu lagi plan kalau ada baby memang sebolehnya nak breastfeed. So dah dapat Dhia ni memang pelbagai usaha dilakukan untuk mengeluarkan susu. Dari hari first pergi pharmacy mintak ubat keluarkan susu, Motilium. Makan ubat tu sampai 3 minggu, memang air susu ada.. tapi tak banyak. Setakat setitis dua je. Sepatutnya aku kene bagi Dhia yang hisap je. bila baby hisap baru bleh stimulate breast untuk keluarkan susu, Tapi si Dhia ni garang sanagt, bila tak keluar susu time dia hisap. mulalah mengamuk macam nak pecah rumah. tapi mulut still duk menyonyot. menyonyot sambil berperang. So nak suh dia stimulate lama-lama pun tak boleh. kejap-kejap je. Kene la guna bantuan pump yang kakak aku bagi pinjam. Actually pump tu aku bagi hadiah kat dia masa dia beranak sulung aritu. buruk siku betul aku ni. Eh..tak lah..bukan aku amik terus, pinjam je.
Guna pump ni ok, tapi penat tangan duk bekerja. Dah la each session kene pump selama 20mins. Nnt kang muscle kat tangan jadi besar plak. hehehe.. Lagipun guna pump ni, breast jadi luka skit. Maybe sebab kuasa sucking pump ni kuat sangat kot. ntah la.aku bukan reti sangat pun pasal breastpump nih.

Nak dijadikan cerita lagi, aku mintak ngan Mr Rush nak beli pump yang lain. Tengok review dari mommies kat kebanyakan blog cakap Medela Freestyle Breast Pump adalah the best breastpump. So aku dengan tak banyak cakap, aku beli la Medela FS tu. Harga bleh tahan la gak.. RM1399. Alaaa.. bukan nak pakai skali je. Insyallah kalau ada rezeki, guna la untuk anak seterusnya.

Memang bagus Medela FS ni. Tak sakit langsung time pumping. Tambahan dia ada adjustable suction level.

Walaupun dah pakai pump yang canggih, Motilium pun dah 3 papan makan, buat still susu tak banyak lagi keluar. duk tang yang sama gak..dua tida titik. So aku cakap kat Mr Rush, Aku nak gi buat injection plak. So, aritu buat appointment ngan O&G specialist kat Ampang Puteri, Dr Zalina. Bila jumpa doktor, dia cakap oleh kerana aku dah amik Motilium, so tak perlu dah buat injection. Cuma skang aku kene usaha dengan ebih giat lagi men'stimulate' breast dan otak untuk keluarkan susu. Doc dah bangi tip-tip untuk keluarkan susu.
  1. Bagi gak baby hisap! Ini sangat penting sebab mulut baby the most mujarab punye stimulator for breast. Ada susu ke tak, kene gak bagi baby hisap. doc cakap kalau tak, kene bagi bapak baby hisap..huhuhu
  2. Pump ikut masa. Every 3hours. huhuhu.. aku skang slalu ter'skip'. Sebab tak cukup masa.
  3. Minum susu and also minum air masak banyak-banyak.
  4. Minum air sengkuang cina (water chestnut).
  5. Minum air rebusan red dates and longan. taruk gula batu.

Aku praktikkan beberapa perkara tu dalam sehari dua ni. So, kita tunggu lagi untuk lihat hasilnya. ni Dhia dah 30days old. Harap-harap biar la susu ni cepat-cepat keluar dengan banyak-banyak. Sian Dhia asyik minum susu formula.

"Ya Allah ya tuhanku..permudahlah urusan ku ini..Aminn"


Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->