.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Selamat Tinggal Sayang
  Tuesday, October 1, 2013

Sorry sayang sebab 'terpaksa' tinggalkan DHIA sementara waktu dengan wan and aki. Bukan 'terpaksa' actually, ditambah dengan perkataan 'rela' menjadikan frasa yg lebih tepat adalah TERPAKSA RELA.

*dah mengarut ayatnya*

Sekarang mummy and daddy dalam perjalanan keseberang laut dalam erti kata lainnye obersi la. Kami berhanimun di europe dan..yessss...mummy pergi untuk bersuka-suka disana tanpa dibawa Dhia bersama-sama. Tapi sebenarnya nun jauh dalan hati ni sedih sebab Dhia takde bersama kali ni untuk bersuka bersama-sama. Sedih sangat weiii..

Bukan kami taknak bawa Dhia, tapi atas sebab beberapa masalah yang tidak membenarkannya. Satu, sebab Dhia belum sampai 2tahun umur, so agak complicated pengurusan untuk passport Dhia *jangan ditanya mengapa*. Dua, Dhia still kecik and kalau bawa jalan jauh-jauh pun still Dhia tak boleh nak capture the experience lagi kan?.. So maybe after 2years *tahun depan*, mummy and daddy akan plan 1st obersi trip for Dhia yea...

2weeks saja, Dhia.. 2weeks Dhia kena tinggal dengan wan and aki. *nangis*

Masa mummy menaip ni, actually kami dalam flight to London. Lagi 7hours++ nak sampai ke Heathrow Airport, London. Belum sampai pun lagi! Tapi kami dah separuh pengsan rindu kat Dhia. Rindu sangat-sangat. Mummy yang mengadap hari-hari melayah kerenah Dhia, since mummy dah jadi fulltime housewife ni, sekali Dhia takde depan mata, rasa pelik plak. Macam tergiang-giang plak suara Dhia menjerit, menangis, gelak...semua aksi-aksi seksi manja Dhia terbayang kat depan mata. Rasa macam nak nangis...

So, ayat penyedap hati, maybe trip kali ni tak sesuai untuk Dhia and maybe next coming trip lagi better and best for Dhia.

Mummy and daddy doakan Dhia semoga happy berada dengan wan and aki. Behave and jangan noti sangat tau!

 

Mummy and Daddy love u so much, Dhia,

Aiciuuuuuuu! *iluvu*

 







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Jahitan yang pertama
  Thursday, July 11, 2013

Semalam tiba-tiba datang mood nak menjahit lepas berbuka puasa. Memang sebelum ni pun dah banyak kali datang mood nak menjahit, tapi selalu tak sempat sebab mek dhia membuat cubaan menolong mummy dia ni.

Aritu memang dah ada kain yang siap dipotong ikut baby's top pattern yang aku donlod dari tenet, dari satu blog mat sals ni. Nampak cam agak senang sikit berbanding yang lain-lain.

Dalam kul 9pm tu dhia berjaya ditidurkan. Mr Rush plak dah tak tahan mata kot, terbongkang kat sofa. Belek-belek channel kat tv, semua macam tak berapa menarik. So .... Yeayyyy, mari lah menjahit..

Gigilz gak la nak menjahit baju baby ni. Even ada pattern and tutorial, tapi bila praktikal nya susah gak weiii..

Gigih sampai kul 1.30am gak la aku menjahit.
Sakit belakang aku. Dah la aku letak mesin jahit tu dalam bilik guest, lampu bilik tu agak romatik sampai aku terpaksa meraba-raba gak la nak menggodek-godek kain tu. Nasib mesin jahit tu ada lampu, tersuluh gak la jahitan tu.
And.... Hasilnya....
 
Alhamdulillah siapppppp....

walaupun senget-bengot, aku berpuas hati sebab satu pencapaian ni dapat jahit baju untuk anak weiii....

Tapi tadi bila try kat badan Dhia, agak ketat sikit. Ermmm.. Mayb aku salah print pattern kot. Tak setting printer betul-betul ikut scale yang dia nak. Tapi, apa-apa pun tetap BERPUAS HATI SANGAT!

 

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Me at 31st
  Saturday, March 23, 2013

Wow dah masuk 31 dah umur aku. Tak tahu nak cakap dah tua or still muda lagi.

Tapi yang penting pada umur aku 31 ni aku ada husband and anak yang berumur setahun. Kira pencapaian gak la kan. Hopefully kehidupan aku dengan family akan bahagia untuk selamanya. Itu je my wish for my birthday.. Insyallah

For my birthday this year, aku takdalah celebrate buat party ke apa ke.. Tapi cukuplah berada dengan family yang tersayang ni..

Malam before birthday aku, Mr Rush sempat gak buat surprise yang cute. Beli cake comey and bagi voucer ke spa as a present. Terharu wei sebab tak sangka Mr Rush pandai gak wat surprise. Hehehe. Thank u so much , sayang. Tau je kan keinginan i nak bersantai ke spa dalam masa terdekat ni.

Aku amik cuti untuk birthday aku. Mula-mula aku amik cuti takde niat pun untuk birthday aku ke apa. Tak teringat langsung tarikh amik cuti tu sama ngan birthday aku. Tapi Mr Rush tak amik cuti pun. So memberi ruang aku bersantai sesorang kat spa. Bestttttt....

Layan spa seharian dari pukul 2pm sampai kul 6pm. Best gile. Nasib spa yang Mr Rush pilih ni kat rumah je.
 




Keesokan harinya baru Mr Rush amik cuti. Layan plak pergi ikea nak beli highchair kat budak kecik tu. Dah lama hajat nak beli highchair sebab nak bawa balik kampung kat benta. Ni baru dapat nak gi beli. And boleh la plan gi makan-makan kat curve je.

 

Tiba-tiba teringin nak makan kimchi plak. Mr Rush pun bawa g lunch kat Bulgogi Brothers yang kat eCurve. Sedap la gak, lain kali boleh makan kat sini lagi.
Pas makan kenyang-kenyang, tengok wayang plak. Movie "Side Effect".

 

So habis lah 2 hari untuk celebrate birthday aku.. Hehehe.. Jalan yang diceritakan kat sini nampak cam tak best. Tapi, for me sangatttttt la best sebab aku and yang bersangkutan je yang alami. Penulisan tak cukup boleh membuatkan pembaca mengalaminya. Lebih-lebih lagi kalau penulisan oleh aku.. Hehehehe.. Sekian







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Dhia's First Step
  Friday, March 8, 2013




Take the first step in faith. You don’t have to see the whole staircase, just take the first step.

Martin Luther King, Jr. 


Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Cuti-cuti Kontan
  Wednesday, February 13, 2013

CNY dua tiga hari lepas me, Mr Rush and Dhia pergi Kuantan, kiranya cuti-cuti la. Tak pernah bawa Dhia cuti-cuti lagi after yag family day k69 kat Janda Baik masa dia umur 3months.

Ni kira nasib baik gak sebab ada bilik. Maklumlah cuti CNY, orang ramai buat vacation gak. Bilik biasanya penuh, lebih-lebih lagi kat Kuantan. Pernah skali aku pergi Kuantan on weekend jer, actually nak join dinner SEMSAS. Nak balik tak sempat, so ingat nak stay je satu malam kat situ. Tapi...... Ntah ape event yang ada kat Kuantan sampaikan bilik semua penuh. Sampai ke Cherating aku cari bilik, tapi takdo satu pun yang available. Nak tak nak, terpaksa balik ke KL dengan perasaan yang hampes tak leh nak cakap.

Berbalik ke perkara asal tadi, time-time cuti kesimpulannya memang susah nak dapat bilik hotel. Tapi aku cuba-cuba nasib masuk online booking engine, booking.com. Mr Rush cadangkan cari kat Hyatt, tapi ada satu je bilik tinggal - twin sharing. Hadeiii, taknak twin sharing. Nak dapatkan kepastian, aku call Hyatt. Tapi dorang cakap memang semua bilik full even twin sharing pun takde. Aku tanya la kenapa tengok yang kat boooking.com tu ada je bilik satu. Budak yang jawab gon tu maybe bengong gak, dia boleh cakap yang dia pun tak tahu sebab kat dalam sistem dorang memang semua bilik full. Huh..so aku buat kesimpulan, maybe untuk sesetengah agent luar macam booking.com ke agoda ke..or tourist agent tu memang dah beli siap-siap bilik dari mana-mana hotel yang dorang target ada customer leh beli ngan dorang instead of beli direct kat hotel. So nasihat aku, kalau nak buat booking bilik time-time musim cuti, kalau call direct hotel tapi semua bilik penuh, terus je cari online. Senang... Price pun sama je.

Pastu...Cari and cari lagi hotel lain selain Hyatt, tengok kat Swiss-Garden ada satu bilik Deluxe, so terus je la buat booking stay ahad malam je. And baru aku tau, certain hotel memang provide baby cot / crib secara percuma upon request. Wow! Senang la since Dhia memang tido cot.

Yeay..happy...happy.

Mr Rush suh buat plan nak pegi Kuantan 2hari satu malam je, pegi hari ahad, balik isnin. Sebab duk fikir kalau balik hari selasa nanti takut jalan jem. Ye la, mungkin ramai hari selasa selas abaru balik dari bercuti, rabu dah kerja. Tapi...rupanya time nak pergi and balik tu, jalan banyak je kete. Sampaikan sesetengah part tu memang kete bergerak slow. Huh..salah gak la sangkaan kitorang. Or kot-kot orang lain pun beranggapan sama ngan kitorang, ingat selasa baru orang balik dari cuti.. Huh..

So...hari isnin pagi kami bertolak. Pagi yang tak pagi sangat la. Sebab plan nak singgah lunch kat kedai makan kawan Mr Rush, TokMoh kat Paya Bungor, Maran. Lama tak menyinggah ke sana since ada dhia. Kalau dulu slalu je pergi lepak kat situ memandangkan Mr Rush ada projek MEGA kat situ. Mega la sangat kannn..

 

Santai kemain lagi budak tecik ni

Pas pekena ikan patin stim garlic jeruk *perggghh..* , terus la menerjah ke Kuantan guna jalan lama. Malas nak pusing masuk highway semula, dah alang-alang brape kilometer je lagi jarak ke Kuantan.

Sampai Kuantan terus je checkin sbb hujan je kat Kuantan. Langit pun golap sepertinya hujan sampai ke malam. Hadoiii...

Gedik-gedik ngan Dhia and Daddy, lepak-lepak jap dalam bilik and tukar uniform.

Tengok air pantai pun macam air teh susu. Kalau ikut malas nak turun. Tapi takut ralat plak dah datang tak turun g main air. Lagi satu ni first time for Dhia ke pantai...

So last-last turun gak walaupun hujan renyai-renyai. Latan main air hujan sama.



So first experince dhia dengan pantai, dia tak suka ngan pasir and air masin tu. Bila pijak pasir kat gigi air tu, dia terus angkat kaki macam geli geleman. Maybe sebab rasa pelik kaki rasa terbenam ke dalam sikit kot. Hehehehe.. Dhia lagi suka tengok orang ramai yang duk main-main kat situ. Cuci mata ye ko nak..

Lepak-lepak main kat gigi air sekejap je and naik ke bilik. Rehat-rehat, and berendam dalam bath tub kat bilik, lagi seronok si Dhia.


Dah bersiap-siap semua kitorang keluar dinner kat Tanjung Lumpur. Kali ni plan taknak pergi kat tempat biasa kitorang pergi , Mail Ikan Bakar.. Nak cari plak kat tempat yang lain. Saje je, mana tau kalau kat tempat lain ada lagi yang lebih best. Sepanjang jalan kat Tanjung Lumpur tu, penuh la kereta park kat tepi jalan. Punya la ramai manusia yang dinner kat situ. Mana la kedai yang kurang orang.

Last-last singgah kat kedai Marina Seafood. Bila masuk dalam ramai gak orang sampai penuh table. Tapi nasib baik ada satu table lebih kat tengah-tengah kedai. Tapi satu je aku tak suka pasal kedai ni. Meja dia berbau sikit. Maybe tak lap bebetul kot. Habis wetwipes dhia jadi mangsa aku lap table tu. tu pun still berbau gak. Hentam je la... Kitorang order ikan bakar, sotong salted egg and kangkung belacan.mmalas nak order banyak-banyak. Satu sebab taktau sedap ke tak lagi and satu lagi takut tak abis. Tapi komen aku pasal kesedapannya, agak so-so je la. Boooleh laaaa...

Pas makan, pusing jap sikit-sikit bandar Kuantan and terus balik hotel..

And Dhia masa dalam kete lagi dah selamat.. Sampai bilik terus letak tido dalam baby cot. Dhia lena sangat tido, maybe aircond best kot, sejuk sangat pun tak, panas pun tak. Kat rumah memang kitorang tak on aircond pun skang, malas nak ajar sangat. Kang langsung gi mana-mana nak ber aircond je.

Keesokannya memang plan yang loose je, lepak kat hotel and lunch kat restoran mak ngah aku kat benteng.

Pagi tu memang breakfast kat hotel. Dhia semangat hentam je semua makanan.


Pas makan kitorang bawa lagi Dhia mandi laut. Memang Dhia kurang suka. Bila bawa gi swimming pool plak bukan main seronok main air. Ape punya budak la tak suka mandi laut. Or... Belum sampai masa lagi kot, nanti lama-lama lagi suka la dia main ngan pasir, mandi laut and so on.

Dah abis main air, terus balik bilik and packing semua barang sebab nak checkout 1pm. Dan terus gi kedai mak ngah.


Dalam kul 6 kitorang bertolak balik ke KL. ingat jalan lengang, sorry ye ida, ado la gak jam. Tapi takde la teruk sangat. Cuma slow dari tol bentong sampai tol gombak. We managed to reach KL kul 915pm, kira ok la kan..

So, itu la cerita bout our simple vacation. Memang best sangat even ini vacation aku yang paling simple.

 

 

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



JD injured lagi
  Saturday, January 5, 2013

 

March tahun lepas dah berapa kali warded. And kali ni sekali lagi .. Kali ni lg teruk sebab kakinya patah. Erghhh..mummy dpt rasakan kesakitan yg awak rasa, JD. Kesian awak kan???...

Kenapa la suka sangat kamu nak terjun dari balcony rumah yang berada di tingkat 3 ni? Nak bunuh diri ke wahai kucingku? Merajuk kah sebab mummy dah jarang melayan kamu sejak ada Dhia?

Dah tak pasal-pasal sakit dapat, plak tu dua riban duit daddy kamu dh keluar untuk yang kali ini. Hadoiiii...

Sekarang JD warded, monday ni (07/01/2013) baru doctor buat operation, maybe kene letak skru lg.

Aritu front left leg pun kene skru. Kali ni front right leg.. Sakitttttt

Ya Allah, permudahkan segalanya...Amin.

 

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Test lagi
  Wednesday, October 3, 2012











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Walker for Dhia
  Thursday, September 20, 2012

Harini sebenarnya takde mood nak bekerja. Tapi mengenangkan keje yang berlambat beratur perlu disiapkan dalam minggu ni, aku memaksakan badan aku ke ofis. Erghhh...

Dari semalam start batuk berkahak. Arghhh..tksuka!

Boleh plak berjangkit batuk dari Dhia. Sbb Dhia dah 2 minggu batuk. Pastu sambung kat aku plak. Dhia punya batuk dah getting baik.

So...pg keje memang la dengan mood yang kurang baik. Asyik nak tengking orang je. Astagfirullahalazim...

 

Tapi nasib baik gak pg ofis. Sebab, satu parcel yang besar untuk aku sampai harini.

 

Walker for Dhia..yeahhh..

Tapi tak sure nak pakai terus ke tak. Badan Dhia dah keras and dah boleh membuat aksi nak merangkak, cuma merangkak yang tak bergerak, pastu jatuh balik. Cuma, dia tak boleh duduk tanpa sendiri tanpa disokong. Ada aku dengar-dengar yang kalau budak belum merangkak, tak boleh letak dalam walker, kerana boleh menyebabkan anak Disleksia and lambat menulis. Betul ke ek?




Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



3rd week of weaning
  Wednesday, September 12, 2012

Malam tadi prepare bekal for Dhia nak bw gi school. Menu for this week ~~epal+kurma~~puree.

Yums.. Sedap wei. Before masukkan dalam container, dah masuk dalam mulut aku dulu. Hopefully Dhia pun suka...ah, confirm la memang die suka.

Moga anak mummy ni membesar dengan sihat dan cerdas dengan memakan makanan yang mummy buat untuk Dhia..

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Happy 6th Months, My lil Princess Dhia
  Thursday, September 6, 2012





Mmuahs.. present for my lovely daughter, Dhia on her 6th months. Pejam celik dh 6bulan mummy and daddy jaga Dhia. Memang best sangat adanya Dhia dalam hidup mummy and daddy. Thanx to God!

Mummy doakan Dhia jadi anak yang baik, mendengar cakap mummy and daddy. Amin..

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->