.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Harini sebenarnya takde mood nak bekerja. Tapi mengenangkan keje yang berlambat beratur perlu disiapkan dalam minggu ni, aku memaksakan badan aku ke ofis. Erghhh...
Dari semalam start batuk berkahak. Arghhh..tksuka!
Boleh plak berjangkit batuk dari Dhia. Sbb Dhia dah 2 minggu batuk. Pastu sambung kat aku plak. Dhia punya batuk dah getting baik.
So...pg keje memang la dengan mood yang kurang baik. Asyik nak tengking orang je. Astagfirullahalazim...
Tapi nasib baik gak pg ofis. Sebab, satu parcel yang besar untuk aku sampai harini.
Walker for Dhia..yeahhh..
Tapi tak sure nak pakai terus ke tak. Badan Dhia dah keras and dah boleh membuat aksi nak merangkak, cuma merangkak yang tak bergerak, pastu jatuh balik. Cuma, dia tak boleh duduk tanpa sendiri tanpa disokong. Ada aku dengar-dengar yang kalau budak belum merangkak, tak boleh letak dalam walker, kerana boleh menyebabkan anak Disleksia and lambat menulis.
Betul ke ek?
Labels: Dhia