.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
*
Friday 16
th April 2010
Kakak aku dah selamat melahirkan baby boy @8.36pm..Alhadulillah.. Walaupun
keluar ikut tingkap Caesar/ C-section, baby alhadulillah sihat. Begitu juga dengan maknye. Sonok nye aku.
Kakak aku beranak kat Hospital Muar. Nak pegi tengok terus pada harini memang tak dapat, sebab malas nak drive sesorang malam-malam. Mr Rush sure tak bole ikut sebab besok dia ada course.
Saturday 17
th April 2010
Pagi-pagi lagi hantar Mr Rush pergi bangunan CIMB, for the course. So memang plan nak drive to Muar sesorang , melawat kakak and anak sedara baru.

Aku drive kejap je from KL to Muar, about 1
1/2 hours je.

Hehehe.. Tapi sesampai kat sana, tak bole tengok plak baby tuh. Hadoiyaa.. Sebab baby tu still duk dalam baby ward. And only the parents je yang boleh masuk. Chedihnye..

Takpe, tengok maknye pun okay gak. And also jumpa mak aku kat sana cos dia dalam sebulan ni duk kat Muar jaga kakak aku tu berpantang.
Petang tu before balik ke KL, sempat meronda ngan mak aku, pusing-pusing sambil berpusing di pekan Muar tu. Pastu terus la pulang ke kota kuala Lumpur. Sampai kat umah pun hari dah golap.
Dalam kesediahan pagi tadiada bende yang meng 'happy' kan aku...
Ada call from Forest Plantation Development SB. Yup..yang aku pergi interview ari tuh.
"Congratulations.. u've got the highest mark for the last interview. "
Oh yeahhhh!! Of cos i am the best la kan. (takde la cakap kat orang tu macam tu)
And.. aku dah di offer untuk kerja kat situ.. Yessss..!!

Cuma kene tunggu surat offer plak.
Bestnye, dah lama tunggu nak dapat kerja. Last-last dapat gak, dah la dalam bidang yang aku nak ni. Chonot..chonot!!
Terus saja la call sang suami kan. Dia pun turut happy gak. Mau nye tak, pasni takde la duk menyusahkan dia sangat, asyik duk mengendeng ngan dia je. 100% my expenses asyik mintak ngan dia. Kalu aku dah ada keje ni, at least sesetengah bende tu aku guna duit sendiri la. SESETENGAH je okay!! Ok tak, sayang ??

Dan Hari ini
Sebab dah lama tak pulang ke kampung halaman sang suami, so kitorang decide nak balik la. Walaupun terpaksa balik-hari ,bukan hari yang terbalik. Nothing much, just macam biasa je kalu balik Benta. Pergi berkebun kat taman herba mini kitorang.
And laki aku biasalah, pergi tengok kebun sawit and getah dia tu, asyik dengan masalah babi je. Apa la sang babi tu, patut la orang guna nama dia kalau nak mencarut. Mana tak nye selalu bawa masalah kat pekebun-pekebun ni. Kat hutan tu punya la banyak tanah and pokok yang nak disondok atau kalu rajin ko jadilah penggembur tanah kat hutan yang memang tak bole bawa masuk mesin penggembur tu. Ni tak, yang ko rajin nak gemburkan tanah kat kebun orang sampai nak gembur skali ngan pokok-pokok yang kitorang tanam tu buat ape??

Aishhh.. macam la sang babi tu semua tau nak baca belog kot. Aku duk marah-marah kat sini pun tak guna.

So itu je lah aktiviti weekend ini.
Labels: activities, Family, Work
Busan..busan... Tak tahu nape lately rase bosan datang ofis. hurm... Tak tahu camane nak buat buar semangat skit. Chaiyok..Chaiyok ida!!! Forget bout the kemalasan.. huhuhu.
*
*
*
Here nak bagi some short review pasal BDB, JJ and Rahim Othman nye Concert hari kat Istana Budaya. Warghh...Best gile concert diorg ni. Bukan senang sekarang nak tengok perfomance cam gini lagi zaman-zaman skang ni. Band ni start dulu pun dalam tahun 1972 ( i tkde lagi kat dunia ni) tapi memang i dibesarkan dengan dengar lagu-lagu camni je. Sampai sekarang i lagi suka dengar lagu lama-lama compared to lagu-lagu zaman sekarang...
Berbalik pasal konsert aritu, Malam tu me and Rush sampai tepat-tepat 830pm coz pergi keramat had a quick dinner sebab nak lapik perut sikit. Sampai jer terus duduk, seat kitorang kat level 2, 3rd row dari depan..so memang ok gak la dapat tengok jelas and terang..
Show dimulakan dengan oleh JayJay. Fulamak.. maintain la mamat sorang ni... umur dah 52 tapi cam muda lagi nampak..hehehe.suka la tu JJ bila i cakap gini. Suare dia pun maintain gak, shedap gile..Then keluar Rahim Othman meniup flute. Agak best dia main, memang terer la kan... tapi aku pun actually tak familiar dengan dia sangat so aku tk tahu nak cakap apa psal dia, but the performance was so good. And then after tu baru BDB keluar. Semua lagu-lagu die best-best, me and Rush terhibur sangat, semua orang pun nampak enjoy while singing ramai-ramai.
So conclusion nye memang bagi 5 stars untuk semua yang perform malam tu termasuk kehebatan OSK yang memang tidak di sangkal...wink,wink...
Dalam kul 11 lebih baru semua habis termasuk acara sign autograph..Rush sempat gak bergambar ngan dorg ni...
Semangat Mr. Rush kite mintak autograph..
Sebaya ke 2 orang ni?


Ramai orang yang datang..uik..sape minah ni..eh..ade gak muka i masuk..

Herm..terserempak x-schoolmate Rush, June kat sini
Labels: activities, concert, Work
Boring..boring..boring..
Bila la aku nak dapat kerja baru. Dah tak larat kerja kat sini.
Macam-macam hal jer...

Labels: Work
Sigh.. Ingat bila lepas my wedding reception aritu boleh la bos kasi chance nak rest kejap. Ye larr, dah la tak amik cuti langsung, a day after the reception, terus masuk ofis. And bos dah bagi macam-macam task..hadoii..mana sempat nak menyoret kat blog ni. Bos ni kan memang jeles tengok i kahwin ngan orang lain kot..huhuhuhu...
So, tak banyak update lagi buat masa ni. me and cayang are still trying.::..wink..wink..::

Chaiyok..Chaiyok!!
So far bile dah ada initial PUAN, ok la..hehehe...memang la best bila dah kahwin. Rase lagi tenang, dah ada teman pergi mana-mana. Balik dari kerja, bila jumpa husband kat rumah, kena peluk, rasa hilang semua problems kat ofis. Bila time masak kat die, lagi rasa best. Hermmm..jadinye memang life as a wife ni memang best. Hopefully sampai bila-bila pun bertambah-tambah best..::amen...::
Labels: wifey, Work