.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Jalan-jalan cari diamond
  Tuesday, April 27, 2010

:14:
Dalam tengahari tadi aku keluar. Hajatnya nak ke Pertama,nak repair trackball BB aku ni yang rosak tak boleh nak scroll-down. Tapi ada member, Nik cakap kalau nak repair BB better pergi Low Yatt. So terus la kesana. Semalam satu hari aku sebenarnya dah ke Sungai Wang, kononnya jalan sesaja sebab rumah aku plak melaun TNB tu buat kerja and satu area tu takde letrik sampai 6pm. Takkan nak duduk rumah je. Yang mulanya pergi KLCC dulu. Tapi tengok cam takde yang menarik hati. Tu yang pergi Sungai Wang plak. So, dalam sesaja berjalan tu, hati terpaut lak kasut kat Vincci. And..terbeli la satu kasut for kerja yang bakal aku masuk nanti. Cehh..nak kasut baru for kerja baru. Haruslah kan!!
And harini, hajat memang nak repair BB 'jer'. Kejap jer rupanya nak repair bende alah ni. Hangus 80 hinggit, tukar trackball baru. Aishhh.. sebenarnya dah tak sesuai BB pakai trackball. Skang orang pakai BB yang ada track-pad tu. Nampaknya nak kene tukar BB la ni. :22:.. Al-kisahnya??!! Sory la ida, skang zaman gawat. Kerja pun tak start lagi. Toksah duk angan-angan nak beli macam-macam...
Dalam duk berjalan-jalan tu, terdetik nak make-up BB. Dah tau lambat lagi nak beli yang baru, so kene lah buat cantik-cantik. First thing yang aku berkenan sangat adalah diamond. Mmg aku suka benda lip-lap tu. Kat Low Yatt aku pusing-pusing memang tak banyak choice. Jadi, pergi lah ke bangunan sebelah tu, Sungai Wang. Haaa.. banyak gak choice kat situ. Chantek-chantek!! So belilah satu, Baru 4hinggit/paket.
Balik rumah, ape lagi... jalankan operasi...

Dan hasilnya......

:39:

'Agak' chantek la hand-craft aku yerk!!


Disebabkan aku ni kadang-kadang boleh jadi pengganas, risau gak kehilangan berlian-belian yang tak diinsuranskan ni, so terpaksa menggunakan pelindung kat luar tu. Walaupun disebabkan casing tu membuat diamonds ku terlindung, tak kisah la kan... Yang penting aku tau, kat dalam nye chatek. And, bebila aku rasa nak manayang diamonds itu, haruslah di buka baju nya.. Opppsss..:44:

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Anak Sedara Baru
  Sunday, April 18, 2010

*
Friday 16th April 2010
Kakak aku dah selamat melahirkan baby boy @8.36pm..Alhadulillah.. Walaupun keluar ikut tingkap Caesar/ C-section, baby alhadulillah sihat. Begitu juga dengan maknye. Sonok nye aku.
Kakak aku beranak kat Hospital Muar. Nak pegi tengok terus pada harini memang tak dapat, sebab malas nak drive sesorang malam-malam. Mr Rush sure tak bole ikut sebab besok dia ada course.

Saturday 17th April 2010
Pagi-pagi lagi hantar Mr Rush pergi bangunan CIMB, for the course. So memang plan nak drive to Muar sesorang , melawat kakak and anak sedara baru. :2:Aku drive kejap je from KL to Muar, about 11/2 hours je. :5: Hehehe.. Tapi sesampai kat sana, tak bole tengok plak baby tuh. Hadoiyaa.. Sebab baby tu still duk dalam baby ward. And only the parents je yang boleh masuk. Chedihnye..:47: Takpe, tengok maknye pun okay gak. And also jumpa mak aku kat sana cos dia dalam sebulan ni duk kat Muar jaga kakak aku tu berpantang.
Petang tu before balik ke KL, sempat meronda ngan mak aku, pusing-pusing sambil berpusing di pekan Muar tu. Pastu terus la pulang ke kota kuala Lumpur. Sampai kat umah pun hari dah golap.

Dalam kesediahan pagi tadiada bende yang meng 'happy' kan aku...
Ada call from Forest Plantation Development SB. Yup..yang aku pergi interview ari tuh.
"Congratulations.. u've got the highest mark for the last interview. "
Oh yeahhhh!! Of cos i am the best la kan. (takde la cakap kat orang tu macam tu)
And.. aku dah di offer untuk kerja kat situ.. Yessss..!!:10: Cuma kene tunggu surat offer plak.
Bestnye, dah lama tunggu nak dapat kerja. Last-last dapat gak, dah la dalam bidang yang aku nak ni. Chonot..chonot!!
Terus saja la call sang suami kan. Dia pun turut happy gak. Mau nye tak, pasni takde la duk menyusahkan dia sangat, asyik duk mengendeng ngan dia je. 100% my expenses asyik mintak ngan dia. Kalu aku dah ada keje ni, at least sesetengah bende tu aku guna duit sendiri la. SESETENGAH je okay!! Ok tak, sayang ?? :16:

Dan Hari ini
Sebab dah lama tak pulang ke kampung halaman sang suami, so kitorang decide nak balik la. Walaupun terpaksa balik-hari ,bukan hari yang terbalik. Nothing much, just macam biasa je kalu balik Benta. Pergi berkebun kat taman herba mini kitorang.
And laki aku biasalah, pergi tengok kebun sawit and getah dia tu, asyik dengan masalah babi je. Apa la sang babi tu, patut la orang guna nama dia kalau nak mencarut. Mana tak nye selalu bawa masalah kat pekebun-pekebun ni. Kat hutan tu punya la banyak tanah and pokok yang nak disondok atau kalu rajin ko jadilah penggembur tanah kat hutan yang memang tak bole bawa masuk mesin penggembur tu. Ni tak, yang ko rajin nak gemburkan tanah kat kebun orang sampai nak gembur skali ngan pokok-pokok yang kitorang tanam tu buat ape??:17:
Aishhh.. macam la sang babi tu semua tau nak baca belog kot. Aku duk marah-marah kat sini pun tak guna. :39:


So itu je lah aktiviti weekend ini.

Labels: , ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Demam berenang or berenang demam
  Friday, April 9, 2010

*
Dalam keadaan demam pun mau berenang
Actually terpaksa sebab bawa my nieces and nephews membuat aktiviti sihat. Kalau tidak budank2 ni asyik duk mengadap pc main game or sebenarnya kacau aku nak guna pc lak.
Lastnite family aku dari Kota Bharu sampai. Stay at my house until tomorrow kot. Diorang datang saja singgah before pergi hantar mak ke Muar nak jaga mak buyung sorang yang due dah dekat tu.
Memang aktiviti biasa kalu mana sedara2 yang datang kerumah ni, aku akan ajak pergi swimming je la. Mak bapak budak-budak kan suka main kat swimming pool.


Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Unproductive Day!
  Tuesday, March 23, 2010

*
Macamane nak buat hari jadi produktif??
Duduk kat rumah surf internet,online job searching, tengok online photography tutorial, masak and tunggu husband balik dari kerja... huhuhu.. rasa macam useless bagi diri sendiri..pssstt..bukan useless terhadap husband cos memang tanggungjawab sebagai isteri tetap berjalan, cukup ke tak itu kene tanya pada Mr Rush sendiri la..*wink*
Useless pada diri sendiri sebab aku still tak dapat cari aktiviti yang memang bagi keuntungan, contohnya yang bole bagi income ke...
Lastnite ada tertengok this page, ShutterStock, herm..kind of an idea for me to sell my photos. Hahaha..macam lah photos aku tu chantek sangat kan nak jual plak. Tapi tak mustahil kan?? So, aku kena banyak lagi blajar bab photography ni. Mana lah tau boleh buat duit ke nanti.

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Valentine's Activity
  Wednesday, February 17, 2010

*
Konsert Satu Suara : Aizat & Faizal Tahir
Not bad at all. Mantops la kan gandingan Aizat & Faizal tu. Memang tak dinafikan suara dua orang mamat ni memang best. Masing-masing mempunyai genre yang berlainan tapi memang kedua-duanya da best and boom la.

Disebabkan aku rasa tak sesuai nak bawa D90 aku tu, so aku just bawa compact camera je la. Kang tak pasal-pasal tertukar ngan orang2 media plak..hehehe..

Sebenarnya dalam panggung tu tak bole bawa camera or ambil gambar, kecuali orang2 media yang ada special tag sahaja. Tapi aku dapat gak snap awal-awal tu. Orang2 yang kat sebelah aku memang dah kena tegur dek pakcik misai yang jaga dalam dewan tu. Nasib aku tak kene.

So, masa Aizat, Faizal and Dato Siti Nurhaliza perform, dapat la aku men'snap' satu... Actually aku memaksa Mr Rush yang buat..hehehe

And masa dah nak habis tu, keluar lagi ketiga-tiga orang tu, mula-mula nak snap, takut gak. Tapi last-last tgk kat depan stage tu ramai je mengeluarkan senjata dorang, so aku dengan berani and selamba keluarkan senjata aku.. Kot-kot pakcik misai and lain-lain pengawas tu dah tak kisah dah kot sebab banyak sangat senjata dikeluarkan..



And bila keluar tu aku dah agak, sure ramai sangat orang beratur nak amik autograph and bergambar dengan sang-sang artis tu..maunya tak..Top Stars la katakan.. So jangan haraplah aku tunggu. Ramai sangat la orang..
Hahh!! hamek ko..gilos punye ramai orang beratur..

So, kesudahannya baik ambil gamba diri-sendiri kat pintu Istana Budaya ni (credit to Mr Rush).. Hehehe..huh..gomuknye saya..
Nak tengok banyak gambar lagi, silakan melihat di page RedMummy (ouww..chantek RM pada malam itu)... Dia ada gamba yang lagi besh sebab RM n Mr Sirman ada di bawah, and senang nak terjah kat depan stage..

Conclusion, it was a good concert and very thankful to my dearest hubby, Mr Rush..
Luv u (^_^)

And...... concert yang seterusnya......

Konsert Suatu Masa -Amy & OSR
Pheeeewitt!!


Muzikal Satu Masa Amy bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan Yang bakal memaparkan perjalanan seni Amy selama 3 dekad menjadi penghibur...
Menarik kan??

Anyway, thanx again to Mr Rush.. u are the best.. XOXO

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Any Valentine's Plan??
  Saturday, February 13, 2010

*
Bukan la nak fikir sangat pasal valentine's celebration ke apa ke.... Niat tu penting. Tak salah kalau kita nak sambut hari kekasih ni, especially for married couple..everyday is hari kekasih..

Today's morning..
Rush:Ada apa2 plan for tomorrow's valentines day??
Me : Ermm.. so far tkde lagi kot.. (kekurangan budget, so nk pg mana2 kene fikir byk kali)

Today's plan pun tk byk, just duk kat rumah, berehat..Siap tak bagi Kak Leha (cleaner) datang hari ni. Suh datang Sunday or Monday je. Kononnya tak nak orang kacau or rehat day.
Tapi petang maybe plan nak pegi Curve. Nak beli wedding present for our frens, Tom (reception on tomorrow) and Jijah (reception on next weekend @KB). Tapi beli diselitkan gak nak beli barang2 lain..

And..rupa-rupanya Mr Rush dah ada propaganda, kononnya nak buat surprise kat aku..Tak sanggup nak simpan sampai esok, takut aku buat plan lain.. last-last dia pun tunjuk...

Tadaaa...

Tix for.....


Konsert Satu Suara Aizat & Faizal Tahir

Ermm..rupa-rupanya dia dh awal2 buat plan...Yehuuuu...concert again.. Cam best sangat..

THANK YOU SO MUCH, SAYANG..

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



TGV : Be Careful!!!
  Thursday, January 21, 2010

Sengaja atau tidak!!!!!!


Me and Mr. Rush memang kaki wayang. Pendapat kitorang, kalau tengok DVD kat rumah tak se'best tengok kat wayang. So, memang kalau ada movie yang best-best baru kuar, aku and Mr.Rush sure tak miss pegi cinema.
Kat KL ni cinema yang biasa kitorang pegi, TGV and GSC. yang lain-lain tu jarang la sangat. And tempat paling kerap kitorang pegi adalah first, KLCC (TGV) sebab dekat dengan rumah , Times Square (GSC) and Pavillion (GSC). And pasal tiket plak kitorang memang suka buat e-payment ticketing berbanding nak pegi beli kat counter. Senang beb, tak payah beratur. Apa yang perlu, hanyalah credit card.. pastu online, pilih seat and DONE. Memang senang and tak payah terlepas booking or kalau masa malas nak pergi ke counter tu, inilah cara yang bagus... Tapi kadang-kadang tu kalau dah berada kat area-area cinema tu, terus beli je la kan. Tak payah nak berlagak beli online..


Tapi kat sini aku nak buka cerita pasal peristiwa yang berlaku pada aku. Ini cerita memang dah terjadi banyak kali pada aku and berlaku hampir setiap kali aku beli tiket kat counter. Senang cite, banyak kali jadi kat TGV @KLCC. Mula-mula dulu memang aku tak perasan perkara ni. aku ni careless and selalu tak tengok balance yang cashier kat counter tiket tu bagi. Tapi bila dah jauh dari counter baru aku perasan duit balance short sekepit not sepuluh. So aku tak boleh salahkan orang lain la kan sebab kecuaian sendiri tak kira balance tu kat depan counter tu terus.
Selepas peristiwa awal tu, aku try taknak careless lg. And....alhadulillah, aku dah kurang cuai.Tapi, aku perasan tiap-tiap kali budak kat counter tu bagi balance, sure tak cukup...mesti short RM10... Kali tu, bila aku perasan, aku terus cakap kat budak tu, tapi dia dengan selamba menjawab " oh..sorry, tak perasan."...
Ok...aku ni kira bukan orang yang jenis hangin, and setakat jadi sekali benda camtu, takkan nak marah kot. TAPI..bukan sekali dua je jadi....lebih dari 5 kali bende yang sama jadi kat aku...SHORT RM10 AT THE TICKET COUNTER..again and again..And..jawapan yang sama aku terima, "Sorry, tak perasan".....And harini....Mr.Rush pergi beli ticket sebab harini dia ada meeting at Mandarin Oriental, so saja-saja dia masuk KLCC and nak tengok tiket apa yang available. Aritu nak tengok The Imaginarium Of Doctor Parnassus, tapi arini rupa-rupanya dah habis showing..huhuhu..so, Mr. Rush beli je la Old Dogs. Nampak cam ok. Sooo.....perkara yang sama adi kat Mr. Rush tadi, balance tak cukup RM10...
SOOOOOO,...what a coincident ...!!!!! coincident ke????? ATAU memang trend dorang???
So, untuk sesapa yang suka tengok wayang tu, especially yang beli tiket kat counter di KLCC (sebab selalu jadi kat aku di situ), PASTIKAN check semula your balance dari pembelian ticket tu... Check kat depan kaunter tu gak disamping check ticket tu. Sebab kalau dah keluar dari counter tu, kita dah tak bole buktikan salah dorang tu...
SOOO..BE CAREFULL!!

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Happy Life!!
  Wednesday, October 28, 2009

It is a simple thing for me to write at least one entry here. That is why it is hard and malas i nak buat. huhuhu..berbelit-belit. Bukannya susah sangat nak masuk pun. Tapi Kalau dah nama pemalas tu, buat ape pun ada je alasan.

Anyway, disebabkan kemalasan yang malampau-lampau, i dah terlambat nak post something. Actually dah berapa lama i buat survey nak cari satu DSLR camera. Ini punya cerita start dari bulan August baru ni. Punya la dok menggila nak guna DSLR. I ni tak terror pun nak guna, just basic je tau la. So banyak dok study kat internet je la. Banyak website yang menyediakan tips for orang yang berminat dalam photography ni. Boleh tengok kat Digital Photography School, Short Courses, All Things Photography and there are so much more website yang ajar teknik-teknik photography.

Sambung cerita tadi... so I and mr hubby pergi duk menengok-nengok DSLR yang top-top dipasaran untuk beginner cam i ni. Tengok sambil tanya orang-orang yang mana okay and berbaloi. I buat banyak comparison in terms of quality and prices.

Nikon agak okay. Prices pun not bad, gigil juga lutut i ni. huhuhu.. Tambah tengah-tengah musim kekurangan uwang..huhuhu.

Mula-mula sebelum buat survey, i tertarik sangat dengan Nikon D5000. And ada this professional photographer recommend this D5000. Tu yang mula-mula tertarik. Tapi bila dah tengok-tengok, cam tk menarik skit. Bak kata hati tak terpaut pun, takde 'ra'.

Canon, juga okay. Prices lebih kurang dengan Nikon. I berkenan sangat dengan 500D.

Tapi Mr Hubby suruh i jangan beli dulu. Buat study and tengok review semua dulu and baru la decide. So balik, i tanya all my frens yang lagi arif.

Tanya punya la tanya, so i berkenan pulak with this D90..wuhuuuu... harga pun not bad. Mr Hubby cakap kalau i nak juga, kene la tunggu my birthday on March next year..OMG what???

Herrrmmm... redha je la kan. I sendiri pun kekurangan uwang. And i paham Mr Hubby pun banyak tanggungan lain. So..pasrah i tunggu je la kan.Sambil-sambil tunggu i buat la study skit-skit, cari online je.

And sampai satu hari tu, 25 October baru ni Mr Hubby ajak pergi survey-survey camera lagi. RAmai yang recommend pergi kat Pertama Complex, ada satu kedai yang biasa pro photographer selalu pergi. So pergi kesana terus aja i tanya pasal Nikon D90. Dah memang berkenan yang tu kan. Tanya punya tanya, harganya body + lens kit 18-105mm, mak ai.. RM4+++. Almost RM5k.. huhuhu. Takpe.. i dh pasrah untuk tunggu lagi.

Tapi kan....

Tak tau la kenapa tiba-tiba Mr Hubby bertukar fikiran.. Unexpected.. Dia setuju nak terus beli that D90... apa lagi..... HoRRRRRRAAAYYYY!!!! (rasa nak peluk-peluk and kiss-kiss Mr hubby kat situ gak. Tapi nasib ramai budak bawah umur kat situ, tk jd nak buat camtu)

So, akhirnya dapat la me and Mr Hubby own that D90. Cuma Mr Hubby pesan : "This is ur present for ur coming birthday. So there's no more birthday present for next year. Or maybe atas budi bicara nanti just bagi bunga je" (uishhh..ayang ni, dah tak surprise pasal bunga tu) Tapi takpe..ni dh terlebih SURPRISE dh... oyeahh..oyeahhh..

Thank you sooo much, Sayang... You are the best!!!

Pesan Mr Hubby lagi "Hope u'll treasure it and use it to capture our beautiful moments together. love u...."

i was sooooo terharu.. Yes sayang, i'm willing to capture our beautiful moments everyday..

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Untukmu Sudirman - Kemana Perginya Mereka
  Monday, June 8, 2009

Ni berkenaan konsert Untukmu Sudirman yang me and Rush pegi Friday nite. Taktau la dimana silapnya. Performance was so good tapi audience tak berapa ramai. Kitorang (me & Rush) jus beli tix yang paling murah je, RM50, tapi sebab takde orang, semua orang tak kira tix yang harga bape pun bole duduk seat yang harga mahal tu. Perghh..nasib baik tak beli yang mahal tu. Tapi kesian gak, yang datang malam tu I rasa dalam 150-200 orang je. Tapi 2 nites after tu, 5&6 June mungkin ramai skit la kot. Ada gak terdengar soksek2 dari orang yang datang malam tu, maybe promotion tak cukup lagi kot. For me also, mula-mula i tak tau sangat pasal konsert ni, tapi sebab Rush cakap and also dengar from Sinar FM, so dapat la gak tau. Kalau tak, memang taktau langsung. I tanya my colleages pun ramai yang tak tau psal konsert ni. So harap pas-pas ni, kalau nak buat apa-apa konsert tu, carilah strategy yang kaw-kaw nyer.

Terasa kegemukan saya semakin menyerlah..huhuhuhu..Tolongggggg!!!

About the concert, memang ok sangat. Sume artis nyanyi memang best. Cuma cam Andi Flop Poppy tu, mungkin time tu dia sakit tekak or tak sihat, so bila dah masuk lagu yang ke3 and seterusnya tu, dia tersekat-sekat skit nak kuarkan suara. Yang lain cam Adibah Nor (I suka sangat dia), Mila, Rahim Maarof ( I tak cam bila tengok muka dia, cuma cam suara time malam tu), Haziq, Kazar, Atilia( chumel nye dia) was doing good enuf for the concert. Cayalah~!!

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Untukmu
  Friday, June 5, 2009

Ini dia activity yang berunsurkan hiburan lagi, 'Untukmu Sudirman'..huhuhu.. Thanx my dear Rush. Luv u so much..mucho mucho...
Konsert kali ni of cos la bukan tuan punye lagu yang nyanyi, tapi konsert kali ni berkonsepkan ' Cerita dan Lagu'. Yang menyanyi lagu Allahyarham Sudirman adalahartis-artis lain. I rasa mungkin best gak la kan. Harap-harap begitu la hendaknya. Dengan barisan cast and crew yang terdiri daripada Atilia, Haziq, Andy, Kazar, Adibah Nor, Mila,Que Haidar...Ok la tuuuu...


Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Hiburan Semata-mata
  Thursday, June 4, 2009

Hari ni rasa semacam je letih. Gara-gara lama tak keluar sampai lewat, lastnite me and Rush went to Hardrock..huhuhu.. Actually the plan was nak tengok liveband, and first plan nak pegi kat Wine Room (W), tapi sesampai je kat Heritage Row, tengok macam tempat yang dilanda geruda..Sooo different compared dengan last time I pergi, almost 1 year kot. Last nite was Wednesday which is ladiesnite, kalau zaman-zaman dulu should be ramai la kat situ kalau hari-hari cam ni. Tapi maybe biz kat situ dah down, or maybe kegawatan ekonomi ni orang dah malas nak keluar sangat. Dah la takde satu club kat situ yang ada liveband yang perform. So, kitorang yang tadi park kat Shereton Imperial tu, dengan bangganya memang bermurah hati nak sedekah kat mamat parking tu sebab bape minit je kitorang parking kat situ, dah keluar semula.

Then fikir punya fikir, kitorang rasa the best is Hardrock kot sebab taknak take any risk dengan pergi kat tempat-tempat lain yang belum tentu ada liveband yang perform. So lepak je la kat Hardrock. Ok la juga kat situ, quite ramai orang cuma tak packed cam zaman-zaman dolu kala (time I bertanduk..Masyallah..)

Lupa nak merisik band ni dari mana.


Pakcik Rush, thanx for the nite out..laviu..


Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Weekend
  Monday, May 18, 2009

Susah betul nak update regularly my blog ni. Kat rumah broadband Maxis tu gile punya slow sampai kadang langsung tak dapat nak masuk. Nak kutuk lebih-lebih kang susah plak. My house tu kira dalam centre of the city, tk tahu la alasan ape diorang nak bagi. Sakit hati tau...Sigh... tu yang kat office jer baru dapat update. Tu pun kalau tak busy...

Berbalik kepada haritu punya projek, Friday nite... Dalam banyak-banyak acara yang plan aritu, cuma satu jer yang jalan. Pergi Tupai-Tupai teman Rush jumpa x-SEMSAS. Before pergi Tupai-Tupai, tunggu Rush balik from meeting kat Hilton dalam pukul 9pm samapai kat rumah then terus pergi Tupai-Tupai tu.

So lepak-lepak kat situ til 12mdnite then terpaksa blah sebab situ tutup kul 12. Kalau tak maunya diorang nak sambung lagi..Huhuhuhu.. Lepas dari drop Rush's fren kat Corrus Hotel, kitorang pun terus balik. Itu la satu-satunya activity malam tu.
Keesokan harinya, bila I buka mata, terlintas kat otak ni makanan N9 kat Restoran 911 kat Kg Pandan tu..herm, shedapnya. Rush pun kata OK, then terus la pg sana dalam tengahari tu. Tak sangka sesampai je kat sana terjumpa plak my best fren yang udah lame tak jumpe, Farid.
Dia pun tangah makan sorang-sorang, so me and Rush join je la dia. Berbual-bul kosong sambil makan je la. after makan siap sempat posing kat motor posmen die tu..kuikuikui..



Actually me and Rush plan nak beli set karaoke untuk membolehkan kitorang ni melalak kat rumah plak. Bosan la asyik kalu nak melalak, tepaksa pergi kat luar je. Menghabiskan duit je, kalu jarang-jarang tu bole la. So...kitorang dari tempat makan tu terus menuju ke Jalan Pasar. Kat situ banyak barang-barang letrik yang murah la harga compared to tempat lain. Lagipun kitorang nak cari yang murah-murah je, cikau punye. Setakat lepas gian nak melalak sudah la. Sesampai nya kat area Jalan Pasar tu, before pergi kat kedai yang berkenaan dengan audio devices, sempat lagi singgah kat kedai lampu. Survey-survey je dulu untuk rumah Rush yang bakal kitorang duduk nanti. Banyak renovation nak kene buat terutama lampu. Tapi slow-slow la.. Herm.. pastu dah sudah puas tengok-tengok lampu tu, terus pergi ke kedai yang berkenaan. Tengok punye tengok, at last beli microphones and amp set for karaoke. Huhuhu..puas hati gak sebab tak banyak habis duit kalu compare dengan duit yang habis kalau pergi karaoke kat luar tu. Before balik ke rumah, singgah kat GE Mall, beli present for Haziq , anak Abang shahrul (x-SEMSAS) and Ann(my x-schoolmate,Zainab 1). Bday anak diorang. Plan nak pergi rumah diorang petang skit... Sampai je kat rumah,pasang segala kelengkapan karaoke yang baru beli tadi and terus melalak. Sampai petang terus bersiap-siap nak pergi rumah A.Shahrul & Ann kat Wangsa Melawati. Kitorang sampai kat sana tu actually lewat gak la, clown pun dah balik, cuma tinggal berapa orang jer lagi. Tapi okla kan daripada ramai-ramai orang. At least bole la makan dengan tenang. Lepak-lepak kat sana samapi la lebih kurang 830pm then kitorang terus balik. Plan malam kang plak nak pergi Bangkok Jazz, jadi Rush kata nak rest kat umah kejap before keuar malam nanti. I teringin nak dengar jazz singer nyanyi kat situ. Dah lama tak pergi situ lagipun amik chance keluar malam, dah lama tak kuar ke tempat-tepat gitu. Bila sampai kat rumah, Rush terus baring-baring and terlelap kat couch. Dalam berapa hari ni Rush memang tak berapa sihat. Problem with sinus. Cian ayang i ni... Tengok dia macam tak sihat, Tak sampai hati nak ajak keluar lagi. So, kire plan ke Bangkok jazz was cancelled. Takpe la, banyak lagi masa lain kali bole pergi ('_').

Keesokan harinya, Ahad semalam, bangun dah lewat. Ingat nak beli barang dapur kat Pasar Tani Setiawangsa, tapi bila pergi takde pun orang menjual barang cam biasa. Ohhh..baru aku tau, rupa-rupanya hari Ahad memang takde pasar kat situ. Saturday je ada. Hampeh... Tak jadi la nak shopping.. Balik kerumah dengan hampa.

I suggest kat Rush kalau bole tengahari ni pergi makan nasi ayam kampung kat Kampung Baru tu..herm..beshnye..lama tak makan kat situ. So keluar rumah nak menuju ke Kampung Baru, try la call my fren nak tanya kedai nasi ayam tu buka ke tak hari Ahad. Rupa-rupanya sekali lagi dengan perasaan hampa kedai tu tutup hari Ahad.. huhuhu...nak nangis je rasa. Last-last I bawa Rush pergi makan ikan bakar kat Melawati sebab dah tak de idea tempat lain yang lagi best and menarik, perut pun dah meroyan, jadi kira ok la makan kat situ. Lepas makan tu terus balik rumah jerrrr.. After balik Rush cakap nak tengok wayang untuk malam tu. Dia nak tengok Angels & Demons. So kitorang nye plan nak pergi tengok kat Berjaya Times Square.

But before pergi Times Square tu, kitorang dinner kat Nasi Lemak Antarabangsa kat Taman Melati. Ni gara-gara petang tu tengok nasi lemak kat AFC, terus teringin nak makan nasi lemak.

Bila sampai Times Square me and Rush beli ticket dulu, nak tengok masa yang available. Beli ticket untuk pukul 9pm, so waktu tu we still have masa nak jalan-jalan kat Times Square tu before movie start. Rush ajak I pergi Krispy Kreme, bagi rasa donut yang famous kat situ.




Assortment of doughnuts



uishhhh...i tell u..memang sedap sangat. Speechless.. dalam banyak-banyak donut yang pernah I makan, yang ni the best. And yang biasa and recommended is original glazed doughnut. Makan yang warm, memang shodap. Ambience kat sini ok la. Kedai tu areconstructed with a long window between the customer area and the kitchen allowing customers and peoples watch the operation of the doughnut making machines, good kan... The operation itself memang menarik. And one more thing, kat depan tu ada lampu neon red colour, fungsinya to tell customers that hot, fresh Original Glazed doughnuts are coming off the line at that moment. Mane-mane kat overseas yang ada this Krispy Kreme, design kedai hampir sama je camni. Good job huh!! Nanti leh kali bole selalu pergi Times square, rite Mr. Rush?

After menikmati kesedapan and kenikmatan hidup dengan makanan yang best tadi, me and Rush terus la pergi GSC tgk Angels & Demons. Ni satu lagi short review. A&D is a film adaptation from Dan Brown and ramai yang suka baca novel Dan Brown ni. This movie memang recommended la. Pada sape yang dulu tengok movie The Da Vinci Code, mesti suka tengok this A&D. I masa dalam panggung tu siap focus sangat-sangat sampai tak sedar i tengah duduk kat dalam cinema, punya la syok sangat kan. Tapi kali ni memang puas hati. Itu je la review or komen yang cepuput je I dapat bagi kat sini.
So....after the movie, me Rush terus balik rumah. Maka tamatlah activity untuk weekend. Kire ok la gak pengisian untuk weekend ni....

Labels: , , ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





| Older Posts-->