.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Remaja 15 tahun Mati Ditembak Polis Semasa Kejar-mengejar????!!!!
  Tuesday, April 27, 2010

:17: Polis yang semakin tidak PROFESIONAL!!!


Polis Tembak Mati Remaja 15 tahun Semasa Kejar-mengejar????!!!!


SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki 15thn, Aminulrasyid Amzah, ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.
Di katakan remaja tersebut yang kelihatan mencurigakan.

Sighhh...

Aku tak paham polis sekarang yang semakin berani menunjukkan 'kehandalan' dengan bertindak sesuka hati mak bapak tanpa membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.

Adakah mereka berhak untuk tembak sesiapa sahaja yang mereka rasa mencurigakan??
Sebenarnya hampir tiap-tiap hari kita dengar di berita :
"Seseorang yang memandu kereta dengan mencurigakan ditembak mati oleh polis"

Kita tak tahu sejauh mana kebenaran frasa ini, tapi secara logiknya, haruskan pihak polis terus menembak sesiapa sahaja tanpa ada sebarang alasan yang kukuh??
Ini tak, asalkan mencurigakan, terus tembak sampai mati. Adakah polis berhak menghukum mati sesiapa tanpa memberikan bukti yang kukuh???

Katakan jika orang mencurigakan itu sebenarnya tidak bersalah, jadi siapa yang harus disalahkan untuk kematian orang itu?? Adakah polis akan bertanggujawab?
Pernahkan kita dengar polis dipersalahkan atas kesalahan melepaskan tembakan??

Dalam kes harini, dikatakan remaja itu kelihatan mencurigakan, adakah polis pasti remaja itu telah membuat kesalahan?
Dah la tembak orang sampai mati, dipanggilnya pula remaja itu "penyamun", walaupun belum lagi sebarang siasatan dibuat. Adakah ini wajar???
Mungkin remaja terbabit sebenarnya mempunyai alasan untuk dilihat mencurigakan:
  1. Tidak mempunyai lesen
  2. Keluar 2pg, takut orang salah anggap.
  3. Punyai masalah psychology (paranoid etc)
  4. Ingin sampai kerumah secepat mungkin (kejadian 100m dari rumah mangsa)
Rakan mangsa yang ditembak yang sempat melarikan sekarang ini sebenarnya adalah saksi kejadian ini. Adakah saksi ini dijamin keselamatannya setelah semua ini terjadi???

Sekarang kes ini dalam siasatan. Kita lihat sejauh mana polis dapat menunjukkan tahap professional mereka pada kita.

Sumber Malaysiakini

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Jalan-jalan cari diamond
  

:14:
Dalam tengahari tadi aku keluar. Hajatnya nak ke Pertama,nak repair trackball BB aku ni yang rosak tak boleh nak scroll-down. Tapi ada member, Nik cakap kalau nak repair BB better pergi Low Yatt. So terus la kesana. Semalam satu hari aku sebenarnya dah ke Sungai Wang, kononnya jalan sesaja sebab rumah aku plak melaun TNB tu buat kerja and satu area tu takde letrik sampai 6pm. Takkan nak duduk rumah je. Yang mulanya pergi KLCC dulu. Tapi tengok cam takde yang menarik hati. Tu yang pergi Sungai Wang plak. So, dalam sesaja berjalan tu, hati terpaut lak kasut kat Vincci. And..terbeli la satu kasut for kerja yang bakal aku masuk nanti. Cehh..nak kasut baru for kerja baru. Haruslah kan!!
And harini, hajat memang nak repair BB 'jer'. Kejap jer rupanya nak repair bende alah ni. Hangus 80 hinggit, tukar trackball baru. Aishhh.. sebenarnya dah tak sesuai BB pakai trackball. Skang orang pakai BB yang ada track-pad tu. Nampaknya nak kene tukar BB la ni. :22:.. Al-kisahnya??!! Sory la ida, skang zaman gawat. Kerja pun tak start lagi. Toksah duk angan-angan nak beli macam-macam...
Dalam duk berjalan-jalan tu, terdetik nak make-up BB. Dah tau lambat lagi nak beli yang baru, so kene lah buat cantik-cantik. First thing yang aku berkenan sangat adalah diamond. Mmg aku suka benda lip-lap tu. Kat Low Yatt aku pusing-pusing memang tak banyak choice. Jadi, pergi lah ke bangunan sebelah tu, Sungai Wang. Haaa.. banyak gak choice kat situ. Chantek-chantek!! So belilah satu, Baru 4hinggit/paket.
Balik rumah, ape lagi... jalankan operasi...

Dan hasilnya......

:39:

'Agak' chantek la hand-craft aku yerk!!


Disebabkan aku ni kadang-kadang boleh jadi pengganas, risau gak kehilangan berlian-belian yang tak diinsuranskan ni, so terpaksa menggunakan pelindung kat luar tu. Walaupun disebabkan casing tu membuat diamonds ku terlindung, tak kisah la kan... Yang penting aku tau, kat dalam nye chatek. And, bebila aku rasa nak manayang diamonds itu, haruslah di buka baju nya.. Opppsss..:44:

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Muhammad Harith Haziq Bin Noraslin
  Wednesday, April 21, 2010

:7:Diumumkan ketibaan our newborn baby boy....:7:
*
*
~~~# Muhammad Harith Haziq Bin Noraslin#~~~
(16th April 2010 @8.36pm)


Quality gambar sangat lah teruk, my sis send via MMS saje, buat pengubat kempunan aritu tak dapat tengok. Aku pun malas nak edit ke ape ke..
Owwhhh..comel nye anak sedara ku ini..
Tapi baby still kene duk dalam ward lagi, cos kene Jaundice or dikenali sebagai penyakit kuning. Mana tak nye, aritu baby tu asyik duk dalam ward lepas kluar kot tingkap tu and tak bagi kat ibu dia untuk menyusu. Baby yang kuar ni kalu tak bagi susu cap gantung tu terus for sure akan dapat jaundice. Tapi... Insyallah tak lama kot duk dalam ward tu. Esok lusa hopefully dah boleh keluar.

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Anak Sedara Baru
  Sunday, April 18, 2010

*
Friday 16th April 2010
Kakak aku dah selamat melahirkan baby boy @8.36pm..Alhadulillah.. Walaupun keluar ikut tingkap Caesar/ C-section, baby alhadulillah sihat. Begitu juga dengan maknye. Sonok nye aku.
Kakak aku beranak kat Hospital Muar. Nak pegi tengok terus pada harini memang tak dapat, sebab malas nak drive sesorang malam-malam. Mr Rush sure tak bole ikut sebab besok dia ada course.

Saturday 17th April 2010
Pagi-pagi lagi hantar Mr Rush pergi bangunan CIMB, for the course. So memang plan nak drive to Muar sesorang , melawat kakak and anak sedara baru. :2:Aku drive kejap je from KL to Muar, about 11/2 hours je. :5: Hehehe.. Tapi sesampai kat sana, tak bole tengok plak baby tuh. Hadoiyaa.. Sebab baby tu still duk dalam baby ward. And only the parents je yang boleh masuk. Chedihnye..:47: Takpe, tengok maknye pun okay gak. And also jumpa mak aku kat sana cos dia dalam sebulan ni duk kat Muar jaga kakak aku tu berpantang.
Petang tu before balik ke KL, sempat meronda ngan mak aku, pusing-pusing sambil berpusing di pekan Muar tu. Pastu terus la pulang ke kota kuala Lumpur. Sampai kat umah pun hari dah golap.

Dalam kesediahan pagi tadiada bende yang meng 'happy' kan aku...
Ada call from Forest Plantation Development SB. Yup..yang aku pergi interview ari tuh.
"Congratulations.. u've got the highest mark for the last interview. "
Oh yeahhhh!! Of cos i am the best la kan. (takde la cakap kat orang tu macam tu)
And.. aku dah di offer untuk kerja kat situ.. Yessss..!!:10: Cuma kene tunggu surat offer plak.
Bestnye, dah lama tunggu nak dapat kerja. Last-last dapat gak, dah la dalam bidang yang aku nak ni. Chonot..chonot!!
Terus saja la call sang suami kan. Dia pun turut happy gak. Mau nye tak, pasni takde la duk menyusahkan dia sangat, asyik duk mengendeng ngan dia je. 100% my expenses asyik mintak ngan dia. Kalu aku dah ada keje ni, at least sesetengah bende tu aku guna duit sendiri la. SESETENGAH je okay!! Ok tak, sayang ?? :16:

Dan Hari ini
Sebab dah lama tak pulang ke kampung halaman sang suami, so kitorang decide nak balik la. Walaupun terpaksa balik-hari ,bukan hari yang terbalik. Nothing much, just macam biasa je kalu balik Benta. Pergi berkebun kat taman herba mini kitorang.
And laki aku biasalah, pergi tengok kebun sawit and getah dia tu, asyik dengan masalah babi je. Apa la sang babi tu, patut la orang guna nama dia kalau nak mencarut. Mana tak nye selalu bawa masalah kat pekebun-pekebun ni. Kat hutan tu punya la banyak tanah and pokok yang nak disondok atau kalu rajin ko jadilah penggembur tanah kat hutan yang memang tak bole bawa masuk mesin penggembur tu. Ni tak, yang ko rajin nak gemburkan tanah kat kebun orang sampai nak gembur skali ngan pokok-pokok yang kitorang tanam tu buat ape??:17:
Aishhh.. macam la sang babi tu semua tau nak baca belog kot. Aku duk marah-marah kat sini pun tak guna. :39:


So itu je lah aktiviti weekend ini.

Labels: , ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Nasi Ayam..Sungguh Lazat!!
  Thursday, April 15, 2010

Kalau pasal makan, bagi la kat aku ni. Sobab tu la badan aku ni makin hari makin membulat.

Last week aku dapat notis denda pos. Ermm..apa lah kesalahan yang aku buat pada Pos Malaysia plak ni. Notis tu bilang 1..2..3.. aku kene pergi Pejabat Pos Besar nun nak kena amik surat yang tak cukup bayaran pos..HAAA!!! Ada gak orang nak hantar surat, tapi tk bayar setem ke bayaran pos mencukupi. Aku punya lah KEHAIRANAN and KEMARAHAN sedikit.
:17:
Laki aku pun cakaplah, maybe itu surat offer keje dari Forest Plantation Development Sdn Bhd yang aku pergi for interview haritu. Warghh..kalu betul surat pasal tu,sonoknye.
Yeahuuu..:10:
Semalam pergi ke pos ofis tu disebabkan kul 330ptg baru kuar dari rumah, campur jem kecil-kecilan and nak cari parking plak susah kat area pos ofis-dayabumi tu, tgk jam plak dah pukul 415, so memang tak yah mengharaplah bole masuk lagi.
So, pagi tadi pegi. Hampeh....... Rupa-rupanya surat tu surat panggilan untuk interview kat FPDSB yang aku dah pergi haritu. Memang hampeh..

Jadi, untuk menghilangkan hampeh yang telah kurasai tu, aku nak pergi makan Nasi Ayam. Padahal yang sebenarnya memang ada orang kirim. Ada membe laki aku yang stay semalaman kat umah aku tu yang kirim nasi ayam before aku kuar tadi.
Tempat pertama yang terlintas bila sebut nasi ayam of course la Nasi Ayam Hainam Chee Meng yang sungguh lazat sejak 1965..ece cehhh.. Iklan plak.

Tapi bagi sesapa yang pernah makan nasi ayam kat sini, memang mereka dan keluarga mereka je yang tahu kesedapannya yang hingga menjilat pinggan itu.:1: Actually Uncle Chee Meng ni dah banyak buka branch. Ade kat Desa Pandan, Old Klang Road, Kuchai lama and yang main restaurant nye kat bukit bintang tu la.. Tak pernah sekali pun aku datang ke situ, orang tak ada. Memang sentiasa penuh dari mula buka sampai tutup.

Mr Rush pun telah menunjukkan tahap pengaliran air liurnya apabila telah memesan aku supaya tapau nasi ayam tu untuk makan dinner. Haaah kau!! Nak tunggu dia abis keje punya la lambat lagi, dah suh tapau siap-siap. Hokey la..hokey la.. Tapau la gak for him. Kang kempunan dengar bini dia ni makan sesorang.

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Demam berenang or berenang demam
  Friday, April 9, 2010

*
Dalam keadaan demam pun mau berenang
Actually terpaksa sebab bawa my nieces and nephews membuat aktiviti sihat. Kalau tidak budank2 ni asyik duk mengadap pc main game or sebenarnya kacau aku nak guna pc lak.
Lastnite family aku dari Kota Bharu sampai. Stay at my house until tomorrow kot. Diorang datang saja singgah before pergi hantar mak ke Muar nak jaga mak buyung sorang yang due dah dekat tu.
Memang aktiviti biasa kalu mana sedara2 yang datang kerumah ni, aku akan ajak pergi swimming je la. Mak bapak budak-budak kan suka main kat swimming pool.


Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Cravingness
  Wednesday, April 7, 2010

*
uuhhhh!! lega.
Sayang aku tu memang best sangat. At last he managed to buy me this..


Bread and butter pudding yang jenis aku suka ni...
Banyak tempat lain aku tak jumpa yang jenis camni. It is something special about the taste. Siap ade cream sos yang buat pudding ni lagi best.
Dulu yang 1st time buat aku jatuh cinta with this makanan, bila Mr Rush bawa balik dari hotel mane ntah.
Pastu try gak cari kat merata tempat, nak yang rasa sama macam yang hari tu. Tapi memang tak de.
Kali ni aku ade tengok kat blog mane ntah, that blogger pergi to Aseana Cafe, KLCC. Nampak cam best je dalam pix die. So, kebetulan Mr Rush pegi Mandarin for meeting, so cakap kat dia. Terus ajalah beli, sambil-sambil melayan kemengadaan wife dia ni yang taknak masak haritu.
Soooo...memang tidak menghampakan sama sekali. Memang best..
Thanx sayang..

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Boh San - part II
  Tuesday, April 6, 2010

*
Actually aku tengah melalui waktu yang sungguh-mungguh bosan.
Kalu ikutkan ni, banyak lagi nak kene study for the exam. Konon-kononnya dah pandai sangat la ni, sampaikan terdetak kat kepala simptom bohsan. Ni kalu tau dek laki aku di ketika ini, sure cukup menghampakan beliau. Tapi sayangku, mengertilah diketika ini otakku ini membutuhkan rehat untuk hanya beberapa ketika. Harapan aku Sindrome Bohsan ini tidaklah berkekalan hendaknya. Kerana masih jauh perjalanan untuk berjuang yang harus aku tempuhi..oh tidak!! apakah!! Jadi untuk merehatkan 2 bebola mata aku ni dari melihat baris-baris perkataan dan huruf-huruf yang memualkan aku, so switch to pandangan lain..iaitu mengedit gamba sendiri..dan hasilnya yang tak semegah mane pun.. tapi cukup menghiburkan hatiku ni..huhuhu


Hehehe.. ini bukanlah bermakna dengan melihat gambar perempuan ini, boleh menenangkan penyakit bohsan aku ni. Sebenarnya aktiviti disebalik tabir untuk memproses gambar ni.... Sekian la untuk buat masa sekarang.
*wink*

Labels:







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Hari Ini dan Semalam
  Friday, April 2, 2010

*
Alhamdulillah sudah selesai interview untuk kali ni. Syukur gak sebab dapat jawab soalan-soalan yang diberikan dengan confident nye. Confident, tapi tak tau la dorang dapat terima segala ceramah aku tadi.

--------------------------------------------------------------------------


Al-Fatihah kepada Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k a Din Beramboi di atas pemergiannya ke Rahmatullah pada hari ini,1230am. Semoga segala dosa beliau diampun serta diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah buat sanak saudaranya juga. Aku pun dapat tau awal-awal pagi tadi, cam biasa, bangun-bangun tido, the 1st thing yang aku buat adalah check my BB. So nampak kat FB wall ade yang post pasal berita ni. Sedih sanagat kan. Tersentuh gak hati aku sebab memang dia antara artis yang aku suka (sebenarnya tak byk artis yang aku suka). Tapi aku suka dia sebab memang dia seorang Pelawak yang bagus. The real pelawak yang tidak membodohkan diri buat lawak bodoh. Lawak dia memang natural je sampai selalu buat aku gelak kalu aku tengok show dia. Memang kat luar sana punya lah ramai peminat dia yang tengah meratapi kehilangan yang bagi aku Pelawak No 1 Malaysia. Tapi, Tuhan lebih sayang kat dia, kan..
Al-Fatihah juga buat Allahyarham Uztaz Abdullah. Bapa kepada our fren, Dato Najmuddin Abdullah. Allahyarham menghembus nafas terakhir pada 10pm, malam rabu lepas. Pagi semalam sempat ke Rawang untuk pengebumiannya. And pada belah malam pergi tahlil di Rawang. Semoga beliau juga ditempatkan bersama orang yang beriman...






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->