.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Weekend
  Monday, May 18, 2009

Susah betul nak update regularly my blog ni. Kat rumah broadband Maxis tu gile punya slow sampai kadang langsung tak dapat nak masuk. Nak kutuk lebih-lebih kang susah plak. My house tu kira dalam centre of the city, tk tahu la alasan ape diorang nak bagi. Sakit hati tau...Sigh... tu yang kat office jer baru dapat update. Tu pun kalau tak busy...

Berbalik kepada haritu punya projek, Friday nite... Dalam banyak-banyak acara yang plan aritu, cuma satu jer yang jalan. Pergi Tupai-Tupai teman Rush jumpa x-SEMSAS. Before pergi Tupai-Tupai, tunggu Rush balik from meeting kat Hilton dalam pukul 9pm samapai kat rumah then terus pergi Tupai-Tupai tu.

So lepak-lepak kat situ til 12mdnite then terpaksa blah sebab situ tutup kul 12. Kalau tak maunya diorang nak sambung lagi..Huhuhuhu.. Lepas dari drop Rush's fren kat Corrus Hotel, kitorang pun terus balik. Itu la satu-satunya activity malam tu.
Keesokan harinya, bila I buka mata, terlintas kat otak ni makanan N9 kat Restoran 911 kat Kg Pandan tu..herm, shedapnya. Rush pun kata OK, then terus la pg sana dalam tengahari tu. Tak sangka sesampai je kat sana terjumpa plak my best fren yang udah lame tak jumpe, Farid.
Dia pun tangah makan sorang-sorang, so me and Rush join je la dia. Berbual-bul kosong sambil makan je la. after makan siap sempat posing kat motor posmen die tu..kuikuikui..



Actually me and Rush plan nak beli set karaoke untuk membolehkan kitorang ni melalak kat rumah plak. Bosan la asyik kalu nak melalak, tepaksa pergi kat luar je. Menghabiskan duit je, kalu jarang-jarang tu bole la. So...kitorang dari tempat makan tu terus menuju ke Jalan Pasar. Kat situ banyak barang-barang letrik yang murah la harga compared to tempat lain. Lagipun kitorang nak cari yang murah-murah je, cikau punye. Setakat lepas gian nak melalak sudah la. Sesampai nya kat area Jalan Pasar tu, before pergi kat kedai yang berkenaan dengan audio devices, sempat lagi singgah kat kedai lampu. Survey-survey je dulu untuk rumah Rush yang bakal kitorang duduk nanti. Banyak renovation nak kene buat terutama lampu. Tapi slow-slow la.. Herm.. pastu dah sudah puas tengok-tengok lampu tu, terus pergi ke kedai yang berkenaan. Tengok punye tengok, at last beli microphones and amp set for karaoke. Huhuhu..puas hati gak sebab tak banyak habis duit kalu compare dengan duit yang habis kalau pergi karaoke kat luar tu. Before balik ke rumah, singgah kat GE Mall, beli present for Haziq , anak Abang shahrul (x-SEMSAS) and Ann(my x-schoolmate,Zainab 1). Bday anak diorang. Plan nak pergi rumah diorang petang skit... Sampai je kat rumah,pasang segala kelengkapan karaoke yang baru beli tadi and terus melalak. Sampai petang terus bersiap-siap nak pergi rumah A.Shahrul & Ann kat Wangsa Melawati. Kitorang sampai kat sana tu actually lewat gak la, clown pun dah balik, cuma tinggal berapa orang jer lagi. Tapi okla kan daripada ramai-ramai orang. At least bole la makan dengan tenang. Lepak-lepak kat sana samapi la lebih kurang 830pm then kitorang terus balik. Plan malam kang plak nak pergi Bangkok Jazz, jadi Rush kata nak rest kat umah kejap before keuar malam nanti. I teringin nak dengar jazz singer nyanyi kat situ. Dah lama tak pergi situ lagipun amik chance keluar malam, dah lama tak kuar ke tempat-tepat gitu. Bila sampai kat rumah, Rush terus baring-baring and terlelap kat couch. Dalam berapa hari ni Rush memang tak berapa sihat. Problem with sinus. Cian ayang i ni... Tengok dia macam tak sihat, Tak sampai hati nak ajak keluar lagi. So, kire plan ke Bangkok jazz was cancelled. Takpe la, banyak lagi masa lain kali bole pergi ('_').

Keesokan harinya, Ahad semalam, bangun dah lewat. Ingat nak beli barang dapur kat Pasar Tani Setiawangsa, tapi bila pergi takde pun orang menjual barang cam biasa. Ohhh..baru aku tau, rupa-rupanya hari Ahad memang takde pasar kat situ. Saturday je ada. Hampeh... Tak jadi la nak shopping.. Balik kerumah dengan hampa.

I suggest kat Rush kalau bole tengahari ni pergi makan nasi ayam kampung kat Kampung Baru tu..herm..beshnye..lama tak makan kat situ. So keluar rumah nak menuju ke Kampung Baru, try la call my fren nak tanya kedai nasi ayam tu buka ke tak hari Ahad. Rupa-rupanya sekali lagi dengan perasaan hampa kedai tu tutup hari Ahad.. huhuhu...nak nangis je rasa. Last-last I bawa Rush pergi makan ikan bakar kat Melawati sebab dah tak de idea tempat lain yang lagi best and menarik, perut pun dah meroyan, jadi kira ok la makan kat situ. Lepas makan tu terus balik rumah jerrrr.. After balik Rush cakap nak tengok wayang untuk malam tu. Dia nak tengok Angels & Demons. So kitorang nye plan nak pergi tengok kat Berjaya Times Square.

But before pergi Times Square tu, kitorang dinner kat Nasi Lemak Antarabangsa kat Taman Melati. Ni gara-gara petang tu tengok nasi lemak kat AFC, terus teringin nak makan nasi lemak.

Bila sampai Times Square me and Rush beli ticket dulu, nak tengok masa yang available. Beli ticket untuk pukul 9pm, so waktu tu we still have masa nak jalan-jalan kat Times Square tu before movie start. Rush ajak I pergi Krispy Kreme, bagi rasa donut yang famous kat situ.




Assortment of doughnuts



uishhhh...i tell u..memang sedap sangat. Speechless.. dalam banyak-banyak donut yang pernah I makan, yang ni the best. And yang biasa and recommended is original glazed doughnut. Makan yang warm, memang shodap. Ambience kat sini ok la. Kedai tu areconstructed with a long window between the customer area and the kitchen allowing customers and peoples watch the operation of the doughnut making machines, good kan... The operation itself memang menarik. And one more thing, kat depan tu ada lampu neon red colour, fungsinya to tell customers that hot, fresh Original Glazed doughnuts are coming off the line at that moment. Mane-mane kat overseas yang ada this Krispy Kreme, design kedai hampir sama je camni. Good job huh!! Nanti leh kali bole selalu pergi Times square, rite Mr. Rush?

After menikmati kesedapan and kenikmatan hidup dengan makanan yang best tadi, me and Rush terus la pergi GSC tgk Angels & Demons. Ni satu lagi short review. A&D is a film adaptation from Dan Brown and ramai yang suka baca novel Dan Brown ni. This movie memang recommended la. Pada sape yang dulu tengok movie The Da Vinci Code, mesti suka tengok this A&D. I masa dalam panggung tu siap focus sangat-sangat sampai tak sedar i tengah duduk kat dalam cinema, punya la syok sangat kan. Tapi kali ni memang puas hati. Itu je la review or komen yang cepuput je I dapat bagi kat sini.
So....after the movie, me Rush terus balik rumah. Maka tamatlah activity untuk weekend. Kire ok la gak pengisian untuk weekend ni....

Labels: , , ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->