.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


Cuti-cuti Kontan
  Wednesday, February 13, 2013

CNY dua tiga hari lepas me, Mr Rush and Dhia pergi Kuantan, kiranya cuti-cuti la. Tak pernah bawa Dhia cuti-cuti lagi after yag family day k69 kat Janda Baik masa dia umur 3months.

Ni kira nasib baik gak sebab ada bilik. Maklumlah cuti CNY, orang ramai buat vacation gak. Bilik biasanya penuh, lebih-lebih lagi kat Kuantan. Pernah skali aku pergi Kuantan on weekend jer, actually nak join dinner SEMSAS. Nak balik tak sempat, so ingat nak stay je satu malam kat situ. Tapi...... Ntah ape event yang ada kat Kuantan sampaikan bilik semua penuh. Sampai ke Cherating aku cari bilik, tapi takdo satu pun yang available. Nak tak nak, terpaksa balik ke KL dengan perasaan yang hampes tak leh nak cakap.

Berbalik ke perkara asal tadi, time-time cuti kesimpulannya memang susah nak dapat bilik hotel. Tapi aku cuba-cuba nasib masuk online booking engine, booking.com. Mr Rush cadangkan cari kat Hyatt, tapi ada satu je bilik tinggal - twin sharing. Hadeiii, taknak twin sharing. Nak dapatkan kepastian, aku call Hyatt. Tapi dorang cakap memang semua bilik full even twin sharing pun takde. Aku tanya la kenapa tengok yang kat boooking.com tu ada je bilik satu. Budak yang jawab gon tu maybe bengong gak, dia boleh cakap yang dia pun tak tahu sebab kat dalam sistem dorang memang semua bilik full. Huh..so aku buat kesimpulan, maybe untuk sesetengah agent luar macam booking.com ke agoda ke..or tourist agent tu memang dah beli siap-siap bilik dari mana-mana hotel yang dorang target ada customer leh beli ngan dorang instead of beli direct kat hotel. So nasihat aku, kalau nak buat booking bilik time-time musim cuti, kalau call direct hotel tapi semua bilik penuh, terus je cari online. Senang... Price pun sama je.

Pastu...Cari and cari lagi hotel lain selain Hyatt, tengok kat Swiss-Garden ada satu bilik Deluxe, so terus je la buat booking stay ahad malam je. And baru aku tau, certain hotel memang provide baby cot / crib secara percuma upon request. Wow! Senang la since Dhia memang tido cot.

Yeay..happy...happy.

Mr Rush suh buat plan nak pegi Kuantan 2hari satu malam je, pegi hari ahad, balik isnin. Sebab duk fikir kalau balik hari selasa nanti takut jalan jem. Ye la, mungkin ramai hari selasa selas abaru balik dari bercuti, rabu dah kerja. Tapi...rupanya time nak pergi and balik tu, jalan banyak je kete. Sampaikan sesetengah part tu memang kete bergerak slow. Huh..salah gak la sangkaan kitorang. Or kot-kot orang lain pun beranggapan sama ngan kitorang, ingat selasa baru orang balik dari cuti.. Huh..

So...hari isnin pagi kami bertolak. Pagi yang tak pagi sangat la. Sebab plan nak singgah lunch kat kedai makan kawan Mr Rush, TokMoh kat Paya Bungor, Maran. Lama tak menyinggah ke sana since ada dhia. Kalau dulu slalu je pergi lepak kat situ memandangkan Mr Rush ada projek MEGA kat situ. Mega la sangat kannn..

 

Santai kemain lagi budak tecik ni

Pas pekena ikan patin stim garlic jeruk *perggghh..* , terus la menerjah ke Kuantan guna jalan lama. Malas nak pusing masuk highway semula, dah alang-alang brape kilometer je lagi jarak ke Kuantan.

Sampai Kuantan terus je checkin sbb hujan je kat Kuantan. Langit pun golap sepertinya hujan sampai ke malam. Hadoiii...

Gedik-gedik ngan Dhia and Daddy, lepak-lepak jap dalam bilik and tukar uniform.

Tengok air pantai pun macam air teh susu. Kalau ikut malas nak turun. Tapi takut ralat plak dah datang tak turun g main air. Lagi satu ni first time for Dhia ke pantai...

So last-last turun gak walaupun hujan renyai-renyai. Latan main air hujan sama.



So first experince dhia dengan pantai, dia tak suka ngan pasir and air masin tu. Bila pijak pasir kat gigi air tu, dia terus angkat kaki macam geli geleman. Maybe sebab rasa pelik kaki rasa terbenam ke dalam sikit kot. Hehehehe.. Dhia lagi suka tengok orang ramai yang duk main-main kat situ. Cuci mata ye ko nak..

Lepak-lepak main kat gigi air sekejap je and naik ke bilik. Rehat-rehat, and berendam dalam bath tub kat bilik, lagi seronok si Dhia.


Dah bersiap-siap semua kitorang keluar dinner kat Tanjung Lumpur. Kali ni plan taknak pergi kat tempat biasa kitorang pergi , Mail Ikan Bakar.. Nak cari plak kat tempat yang lain. Saje je, mana tau kalau kat tempat lain ada lagi yang lebih best. Sepanjang jalan kat Tanjung Lumpur tu, penuh la kereta park kat tepi jalan. Punya la ramai manusia yang dinner kat situ. Mana la kedai yang kurang orang.

Last-last singgah kat kedai Marina Seafood. Bila masuk dalam ramai gak orang sampai penuh table. Tapi nasib baik ada satu table lebih kat tengah-tengah kedai. Tapi satu je aku tak suka pasal kedai ni. Meja dia berbau sikit. Maybe tak lap bebetul kot. Habis wetwipes dhia jadi mangsa aku lap table tu. tu pun still berbau gak. Hentam je la... Kitorang order ikan bakar, sotong salted egg and kangkung belacan.mmalas nak order banyak-banyak. Satu sebab taktau sedap ke tak lagi and satu lagi takut tak abis. Tapi komen aku pasal kesedapannya, agak so-so je la. Boooleh laaaa...

Pas makan, pusing jap sikit-sikit bandar Kuantan and terus balik hotel..

And Dhia masa dalam kete lagi dah selamat.. Sampai bilik terus letak tido dalam baby cot. Dhia lena sangat tido, maybe aircond best kot, sejuk sangat pun tak, panas pun tak. Kat rumah memang kitorang tak on aircond pun skang, malas nak ajar sangat. Kang langsung gi mana-mana nak ber aircond je.

Keesokannya memang plan yang loose je, lepak kat hotel and lunch kat restoran mak ngah aku kat benteng.

Pagi tu memang breakfast kat hotel. Dhia semangat hentam je semua makanan.


Pas makan kitorang bawa lagi Dhia mandi laut. Memang Dhia kurang suka. Bila bawa gi swimming pool plak bukan main seronok main air. Ape punya budak la tak suka mandi laut. Or... Belum sampai masa lagi kot, nanti lama-lama lagi suka la dia main ngan pasir, mandi laut and so on.

Dah abis main air, terus balik bilik and packing semua barang sebab nak checkout 1pm. Dan terus gi kedai mak ngah.


Dalam kul 6 kitorang bertolak balik ke KL. ingat jalan lengang, sorry ye ida, ado la gak jam. Tapi takde la teruk sangat. Cuma slow dari tol bentong sampai tol gombak. We managed to reach KL kul 915pm, kira ok la kan..

So, itu la cerita bout our simple vacation. Memang best sangat even ini vacation aku yang paling simple.

 

 

Labels: ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->