.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
10 Thing Happy Couples Do..
Tuesday, October 6, 2009
Happy couples know that the real relationship begins when the honeymoon is over. They know that unless you maintain the garden of love, its beauty will wither and die. Now discover the 10 things that happy couples do:
1. Go to bed at the same time. Remember the beginning of your relationship, when you couldn't wait to go to bed with each other to make love? Happy couples resist the temptation to go to bed at different times. They go to bed at the same time, even if one partner wakes up later to do things while their partner sleeps.
2. Cultivate common interests. After the passion settles down, it's common to realize that you have few interests in common. But don't minimize the importance of activities you can do together that you both enjoy. If common interests are not present, happy couples develop them. At the same time, be sure to cultivate interests of your own; this will make you more interesting to your mate and prevent you from appearing too dependent.
3. Walk hand in hand or side by side. Rather than one partner lagging or dragging behind the other, happy couples walk comfortably hand in hand or side by side. They know it's more important to be with their partner than to see the sights along the way.
4. Make trust and forgiveness your default mode. If and when they have a disagreement or argument, and if they can't resolve it, happy couples default to trusting and forgiving rather than distrusting and begrudging.
5. Focus more on what your partner does right than what he or she does wrong. If you look for things your partner does wrong, you can always find something. If you look for what he or she does right, you can always find something, too. It all depends on what you want to look for. Happy couples accentuate the positive.
6. Hug each other as soon as you see each other after work. Our skin has a memory of "good touch" (loved), "bad touch" (abused) and "no touch" (neglected). Couples who say hello with a hug keep their skin bathed in the "good touch," which can inoculate your spirit against anonymity in the world.
7. Say "I love you" and "Have a good day" every morning. This is a great way to buy some patience and tolerance as each partner sets out each day to battle traffic jams, long lines and other annoyances.
8. Say "Good night" every night, regardless of how you feel. This tells your partner that, regardless of how upset you are with him or her, you still want to be in the relationship. It says that what you and your partner have is bigger than any single upsetting incident.
9. Do a "weather" check during the day. Call your partner at home or at work to see how his or her day is going. This is a great way to adjust expectations so that you're more in sync when you connect after work. For instance, if your partner is having an awful day, it might be unreasonable to expect him or her to be enthusiastic about something good that happened to you.
10. Be proud to be seen with your partner. Happy couples are pleased to be seen together and are often in some kind of affectionate contact -- hand on hand or hand on shoulder or knee or back of neck. They are not showing off but rather just saying that they belong with each other.
Even if these actions don't come naturally, happy couples stick with them until they do become a part of their relationship. They know that it takes 30 days for a change in behavior to become a habit, and a minimum of six months for a habit to become a way of life and love.By,
Mark Goulston, M.D
(Dr. Goulston is the co-founder of CouplesCompany.com and the author of The 6 Secrets of a Lasting Relationship (Putnam, 2001).)
Labels: marriage, tips
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8 Info Kesihatan Buat Lelaki
Thursday, September 10, 2009
1. Lelaki tinggi lebih menarik
Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara seksual. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Bagaimanapun, tidak semua wanita hanya menginginkan pasangan yang tinggi sebaliknya mementingkan ciri-ciri sampingan seperti mempunyai kerjaya dan tahap ekonomi yang bagus. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah.
2. Betik tingkatkan kesuburan
Seperti yang diketahui, buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Tahukah anda, kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.
3. Vasektomi jadikan lelaki lebih ghairah
Kajian di Indonesia ke atas 400 lelaki yang melakukan vasektomi (pemotongan dan pengikatan pada vasa diferensia kanan dan kiri) mendapati keghairahan meningkat 50% sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri berbanding sebelumnya. 40% menyatakan tiada perubahan, dan 10% menurun. Hal ini menunjukkan mereka yang melakukan vaksektomi berupaya memberi kepuasan yang lebih kepada isteri.
4. Lelaki abaikan kesihatan
Kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ke atas 351 lelaki di Lembah Klang berusia melebihi 50 tahun menunjukkan, secara umumnya lelaki mengamalkan gaya hidup tidak sihat, dengan 41.9% merokok (atau pernah merokok), 43.3% minum arak, 57.3% kurang bersenam dan 78.7% mengalami obesiti. Hasil kajian mendapati lelaki juga banyak mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi; kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran. Lebih 66.1% dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4% benar-benar sihat. Meskipun senarai masalah kesihatan ini panjang, hanya 38.4% menjalani pemeriksaan kesihatan.
5. Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolesterol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
6. Agar tidak letih lesu
Jika anda lelaki yang telah berumur 40-an, anda perlu amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan tahap hormon testosteron tidak menurun. Penurunan hormon ini akan membuatkan anda cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam serta tidak berselera mengadakan hubungan seks. Apabila ini berlaku, anda akan mudah mudah naik angin atau meradang tidak tentu pasal. Dari segi kesihatan, testosteron penting kerana kekurangan hormon ini akan menyebabkan lelaki mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan masalah jantung. Selain itu, tahap kesuburan lelaki yang memasuki umur 40-an menurun akibat penuaan menyebabkan mereka seperti wanita berisiko mendapat zuriat terencat seperti Sindrom Down.
7. Lelaki lebih lemah daripada wanita
Ada banyak bukti menunjukkan lelaki sebenarnya jauh lebih lemah berbanding wanita terutama dalam aspek kesihatan. Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki Amerika diterajui penyakit jantung (28.4%), kanser (24.1%), kemalangan (5.8%), strok (5.2%), penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1%), kencing manis (2.8%), influenza dan pneumonia (2.4%), bunuh diri (2.1%), buah pinggang (1.6%) dan penyakit hati kronik (1.5%). Berdasarkan maklumat kesihatan Mayo Clinic, tabiat atau gaya hidup lelaki menyumbang kepada kematian awal kerana lelaki lebih ramai merokok, minum minuman keras, menyalahguna dadah dan terbabit dengan aktiviti seks bebas.
8. Makanan laut tingkatkan kualiti sperma
Ingin tingkatkan kualiti sperma? Manjakan diri kamu dengan makanan laut seperti abalon, tiram dan siput-siput laut yang lain. Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh meningkatkan kualiti sperma.

Labels: health, marriage, tips
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Caring is Loving
Friday, June 12, 2009
Kehidupan kepada aku terbahagi kepada dua, hitam putih, positif negatif. Banyak pasangan di sekeliling aku berada dalam keadaan tahap perbezaan hitam putih, positif negatif yang sangat jelas. Akhirnya perbezaan ini apabila tidak dibincang secara terbuka menjadikan ia sebagai "time-bomb" yang meletus tanpa diduga.
Bukannya kita tak boleh menerima perbezaan pasangan kita tetapi persoalannya "sampai bila" perbezaan itu terus berbeza dan masing-masing angkuh dengan perbezaan masing-masing. Jika satu pihak memilih untuk menerima, kenapa tiada ruang untuk satu pihak lagi berubah? Dan sebaliknya.
Keadaan ini seringkali mewujudkan salah faham yang akhir membawa banyak pasangan melayari kehidupan mereka secara berasingan. Si isteri di rumah dengan anak-anak, si suami menghabiskan masa di pejabat kerana bosan dengan sikap si isteri yang terlalu bergantung kepadanya untuk melakukan semua perkara dari bayar bil api sampai bawa anak ke padang permainan.. Kemudian yang bermain di kepala suami ialah "bawalah anak-anak keluar ke perpustakaan ke, atau ke padang permainan ke, atau merayau ke shopping complex...tak perlu menunggu aku semata-mata sahaja. Takkan benda macam tu pun aku kena bagi tau...tak kan lah tak boleh fikir sendiri?"
Apa yang bermain di kepala si isteri pula ialah, "suami aku memang tak ada masa untuk aku. Buat apa dia kawin dengan aku kalau masanya lebih banyak dihabiskan diluar. Aku pun sunyi juga. Ingatkan bila kawin aku akan dapat teman untuk melayan aku, keluar bersama, tengok wayang atau duduk makan berdua...Ini aku kena duduk di rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai dan rumah...Mana bahagian aku dalam perkahwinan ini..."
Akhirnya si suami semakin jauh dari isteri dan mula meliar mata memandang dan mencari sesiapa yang boleh mengisi kekosongan. Si isteri di rumah terus memendam rasa dan kekecewaan. Ada masanya dia akan protes dengan tidak memperdulikan makan pakai suami dan anak-anak untuk menarik perhatian si suami...
Maka apa yang berlaku ialah si suami menjadi bosan dengan si isteri dan si isteri merasa kesunyian keseorangan. Masing-masing akan masih dengan tembok dan ego yang akhirnya melarat kepada tersinggung, marah, kecewa dan akhirnya masing-masing membawa diri mengikut haluan sendiri.
Masihkah perlu kita menerima semata-mata keadaan ini?
Bukankah lebih baik kita mula memikirkan sebab musabab mengapa berlakunya keadaan ini dan carilah jalan keluar yang terbaik...Perpisahan belum tentu jalannya kecuali kedua-dua pasangan redha bahawa antara mereka sudah tidak ada jodoh atau masing-masing menyedari bahawa mereka sekadar meneruskan perkahwinan semata-mata kerana anak.
Perkahwinan adalah cantuman dua hati untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. Bukan sekadar meramaikan umat Islam semata-mata. Perlu ada keterbukaan dalam perhubungan supaya kedua-dua pihak tahu peranan mereka dalam mengemudikan bahtera mereka. Keterbukaan ini akan membuka ruang bersama yang menutup kebosanan dan kesunyian. Kalau kena digayakan, suami isteri dapat menjadi team yang sama-sama memahami matlamat kehidupan mereka dan bekerja keras untuk mencapai setiap matlamat yang telah ditetapkan.
Namun begitu jika si suami memilih untuk berkahwin lain, bukan bermakna kasih sayangnya pada isteri pertama sudah berkurangan tetapi perkahwinan kedua dijadikan sebagai landasan supaya suami dapat memenuhi tuntutan dalaman yang tidak dapat dipenuhi oleh isteri pertama. Kita masih terikat dengan budaya monogamy sedangkan tuntutan jiwa lelaki memerlukan lebih dari seorang wanita dalam hidup mereka. Ramai di antara wanita Melayu yang masih tidak dapat membezakan antara fahaman budaya dan tuntutan agama. Oleh itu mereka sanggup melukakan hati si suami asalkan ego dan kedudukan mereka di mata masyarakat tidak tercabar.
Kalau difikirkan dan dihalusi mengapa zaman sekarang si suami perlu berkahwin lebih dari seorang adalah kerana sifat dan sikap si isteri pertama yang terlalu bergantung dan mengharap si suami sentiasa bersama sehingga tiada ruang untuk si suami menikmati kehidupan selain dari semata-mata memenuhi tuntutan si isteri.Ada pula si isteri sanggup beremosi sehingga melemaskan orang sekeliling hanya untuk meraih simpati. Ada juga yang sanggup menghabiskan wang untuk membomohkan suami agar tidak beristeri lain. Ada juga yang sanggup mengugut si suami dengan tuntutan cerai semata-mata supaya suami tidak berkahwin lain.Untuk apa semua itu? Untuk apa membuka kelemahan diri sendiri semata-mata untuk memiliki seorang manusia yang bukannya hak milik? Kenapa menjadikan suami seperti banduan dan perkahwinan sebagai sebuah perangkap?
Mungkin ramai yang akan membidas, cakap senang tapi kalau engkau sendiri yang berada dalam kemelut di mana kekasih hati diambil orang lain, sanggupkah kau nak berdepan dengan sakit hati, patah hati , remuk redam, kekecewaan diduakan atau rasa kehilangan yang amat sangat...
Nak dihitung, banyak lagi masalah-masalah lain yang juga sama berat atau lebih berat jika difikirkan dari hanya masalah suami kawin lain. Kehidupan masih perlu diteruskan, umur terus meningkat, anak-anak terus membesar...Masa terus berjalan. Adakah kita masih lagi di takuk ...aku kecewa suami aku kawin lain...Kenapa tidak bangun, perbaiki keadaan, teruskan kehidupan dan jadikan apa yang sudah berlaku kepada yang lebih baik. Dari terus meratap dan memendam kekecewaan, lebih baik perbaiki hubungan dengan semua yang ada di sekeliling kerana kita yang melakar kehidupan sendiri.
Kalaulah keadaan itu dianggap sebagai dugaan yang menguatkan hati dan diri kita sama seperti masalah lain, rasanya itu pasti mengangkat kedudukan kita sebagai wanita di mata Islam. Kalaulah kita sebagai wanita menerima hakikat agama bahawa si suami berhak dan itu adalah hak mutlak mereka, mungkin kadar zina dan tangkap basah di Malaysia akan menurun.Cuba bayangkan apabila anak gadis kita pulang dengan permintaan untuk menjadi isteri kedua, apa pula yang akan kita kata? Adakah.."tak ada lelaki lain yang kau nak jadikan suami? Kenapa mesti suami orang? Kenapa tak cari satu sama satu?"Asakan soalan yang hanya untuk menutup malu pada masyarakat sedangkan salahkah permintaan si anak itu? Salahkan dalam Islam jika si anak itu nak berkahwin dan menjadi isteri kedua?Adakah Islam mengharamkan perkahwinan kedua?Mengapa kehendaknya diketepikan semata-mata kerana untuk menjadi isteri kedua?Hinakah menjadi isteri kedua?Terfikirkah pula mengapa si suami itu ini beristeri dua? Kenapa si isteri begitu cepat beremosi tanpa memahami keadaan kenapa dan mengapa si suami mengambil keputusan untuk beristeri lain? Tentu ada sebab, kenapa tidak dibuka ruang untuk memahami?Kalau si isteri ingin kehendaknya difahami dan dipenuhi, pernahkah pula dia berfikir tentang kehendak dan keperluan si suaminya? Mengapa dia perlu terus membantah dan memberontak sedangkan sebab musabab belum diketahui?Sebagai isteri, kebijaksaan dan kegagahannya terletak pada kekuatan perasaannya untuk mengawal suasana. Tetapi terlalu ramai si isteri di luar sana yang merasakan diri mereka diabai sedangkan dalam masa yang sama mereka juga mengabaikan kehendak dan keperluan suami mereka. Hakikatnya, ramai isteri di luar sana perlu faham dan belajar untuk saling memahami.
Islam adalah matlamat. Atas kewajaran itu, lelaki dibenarkan berkahwin lebih dari seorang kerana tuntutan kehidupan tidak memungkinkan seorang wanita memikul tanggungjawab mengendalikan permasalahan keluarga seorang diri. Begitu juga lelaki. Malangnya apabila si wanita yang diamanatkan sebagai isteri gagal memahami peranan si suami dalam menyatu padukan keadaan sekeliling dan bagaimana dia sebagai isteri perlu menjadi pengikat kepada keadaan-keadaan sekeliling, maka tunjang kekuatan si suami semakin rapuh.
Maka akhirnya si suami kepenatan dan menjadi bosan dengan karenah si isteri yang terlalu memerlukan si suaminya.
Keadaan si isteri yang terlalu bergantung pada suami sebenarnya disebabkan kesunyian dan rasa keseorangan sepanjang masa. Ramai suami yang gagal menyedari keperluan si isteri dari segi masa bersamanya. Ramai suami beranggapan bahawa si isteri ialah ibu dan suri dalam sebuah rumahtangga. Bagaimana pula dengan tuntutan jiwanya sebagai seorang wanita, kekasih dan pujaan hati? Tugas yang dilakukan di rumah sebenarnya bukan tuntutan dalam agama kecuali melahir dan mendidik anak-anak. Tugasan lain yang dilakukan dengan penuh kerelaan adalah sebagai tanda kasih, sayang dan cinta kepada si suami. Apa pula balasan si suami pada pengorbanan ini?Ramai juga suami yang terlalu asyik dan leka dengan layanan yang mereka terima dari isteri mereka sehingga mereka terlupa bahawa si isteri itu ialah orang dan bukan barang! Tetapi akibat kelekaan itu, mereka semakin menitik beratkan hanya keperluan diri mereka dan mengenepikan keinginan si isteri. Banyak keadaan si isteri ibarat super woman yang bekerja dari 5 am sehingga 12 tgh malam tanpa apa-apa balasan sama ada hanya ucapan terima kasih atau dakapan mesra atau hadiah atau kemesraan yang meredakan kepenatan seharian. Bayangkan pula jika si isteri yang merancang percutian sendirian bersama anak-anak kerana si suami tiada masa dan sibuk bekerja? Suami sebegini biasa tidak pernah sedar apa si isteri telah lakukan dan korbankan, bagi mereka apa yang penting ialah mereka selesa dan tidak dibebani dengan apa-apa masalah dalam pengendalian rumahtangga kerana semuanya dijalankan dengan tip-top oleh si isteri! Dan kebiasaannya isteri mereka tidak lebih sebagai "trophy wife" yang ditunjuk kepada semua orang dan selepas itu disimpan di atas almari!Bayangkan penderitaan batin yang dialami oleh si isteri ini. Kalau akhirnya si isteri ini memilih untuk berpisah, memang si suami tak sanggup melepaskan "robot istimewa" ini. Silap haribulan, segala tuntutan si isteri seperti tuntutan edah, mutaah, harta sepencarian, nafkah anak akan tidak dibayar supaya mereka tidak kerugian dari segi wang ringgit! Maka sebuah perkahwinan di mata lelaki seperti ini biasanya adalah demi kepentingan diri sendiri semata-mata..Perlukah si wanita menerima layanan sebegini pula?
Si isteri itu akhirnya akan kepenatan kerana terlalu sunyi, sepi dan senyap dalam keriuhan kehidupan...
Ketika si suami sudah bosan dan si isteri mula tertekan dengan kesunyian, penceraian mula menjadi permainan di bibir...Mangsanya tetap pada anak-anak, itu pasti.
Aku hanya mampu menyebut sahaja...
Secangkir Kopi
Sharifah HassanLabels: love, marriage
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10 Perkara Yang Memeranjatkan Dalam Perkahwinan
Wednesday, April 1, 2009
Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.
- Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.” - Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai. - Anda masih perlu menghangatkan suasana. “Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”
- Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.” - Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.” - Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu. - Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara. Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
- Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing. - Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling. - Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya. Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.
Labels: marriage
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
And that's when the fight started
Tuesday, March 17, 2009
My wife and I were watching Who Wants To Be A Millionaire whilewe were in bed.I turned to her and said, "Do you want to have sex?" "No," sheanswered.I then said, "Is that your final answer?" She didn't even lookat me this time, simply saying "Yes."So I said, "Then I'd like to phone a friend."
And that's when the fight started....
********************************************************************
I asked my wife, "Where do you want to go for our anniversary?"It warmed my heart to see her face melt in sweet appreciation."Somewhere I haven't been in a long time!" she said.So I suggested, "How about the kitchen?"
And that's when the fight started....
*************************************************************************
Saturday morning I got up early, quietly dressed, made my lunch,grabbed the dog, and slipped quietly into the garage.I hooked up the boat up to the truck, and proceeded to back outinto a torrential downpour.The wind was blowing 50 mph, so I pulled back into the garage,turned on the radio, and discovered that the weather would be bad allday.I went back into the house, quietly undressed, and slipped backinto bed.I cuddled up to my wife's back, now with a differentanticipation, and whispered, 'The weather out there is terrible.'My loving wife of 10 years replied, 'Can you believe my stupidhusband is out fishing in that?'
And that's when the fight started....
**************************************************************************
A man and a woman were asleep like two innocent babies.Suddenly, at 3 o'clock in the morning, a loud noise came fromoutside.The woman, bewildered, jumped up from the bed and yelled at theman 'Holy shit. That must be my husband!'So the man jumped out of the bed, scared and naked, and jumpedout the window. He smashed himself on the ground, ran through a thornbush and to his car as fast as he could go.A few minutes later he returned and went up to the bedroom andscreamed at the woman, 'I AM your husband!'The woman yelled back, 'Yeah, then why were you running?'
And that's when the fight started....
*********************************************************************
I tried to talk my wife into buying a case of Miller Light for$14.95.Instead, she bought a jar of cold cream for $7.95.I told her the beer would make her look better at night than thecold cream.
And that's when the fight started....
**************************************************************************
A woman was standing nude, looking in the bedroom mirror.She was not happy with what she saw and said to her husband, 'Ifeel horrible; I look old, fat and ugly. I really need you to pay me acompliment.'The husband replies, 'Your eyesight's damn near perfect.'And that's when the fight started....
**************************************************************************
I took my wife to a restaurant. The waiter, for some reason,took my order first."I'll have the strip steak, medium rare, please."He said, "Aren't you worried about the mad cow?"""Nah, she can order for herself."
And that's when the fight started....
***********************************************************************
My wife and I were sitting at a table at my high school reunion,and I kept staring at a drunken lady swigging her drink as she sat aloneat a nearby table.My wife asked, 'Do you know her?''Yes,' I sighed, 'She's my old girlfriend. I understand she tookto drinking right after we split up those many years ago, and I hear shehasn't been sober since.''My God!' said my wife, 'who would think a person could go oncelebrating that long?'
And that's when the fight started....
***************************************************************************
After retiring, I went to the Social Security office to applyfor Social Security.The woman behind the counter asked me for my driver's license toverify my age.I looked in my pockets and realized I had left my wallet athome. I told the woman that I was very sorry, but I would have to gohome and come back later. The woman said, 'Unbutton your shirt.' So Iopened my shirt revealing my curly silver hair. She said, 'That silverhair on your chest is proof enough for me' and she processed my SocialSecurity application.When I got home, I excitedly told my wife about my experience atthe Social Security office.She said, 'You should have dropped your pants. You might havegotten disability, too.'
And that's when the fight started....
*************************************************************************
When I got home last night, my wife demanded that I take hersomeplaceexpensive... so, I took her to a gas station.And that's when the fight started....****************************************************************************My wife was hinting about what she wanted for our upcominganniversary.She said, 'I want something shiny that goes from 0 to 200 inabout 3 seconds.'I bought her a scale.
And that's when the fight started....
*******************************************************************
My wife sat down on the couch next to me as I was flippingchannels.She asked, 'What's on TV?'I said, 'Dust.'
And that's when the fight started....
Retrieved from "Jester's Ring"
Labels: jokes, marriage
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
|
Older Posts-->