.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................


Daisypath Anniversary tickers


8 Info Kesihatan Buat Lelaki
  Thursday, September 10, 2009

1. Lelaki tinggi lebih menarik

Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara seksual. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Bagaimanapun, tidak semua wanita hanya menginginkan pasangan yang tinggi sebaliknya mementingkan ciri-ciri sampingan seperti mempunyai kerjaya dan tahap ekonomi yang bagus. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah.

2. Betik tingkatkan kesuburan

Seperti yang diketahui, buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Tahukah anda, kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.

3. Vasektomi jadikan lelaki lebih ghairah

Kajian di Indonesia ke atas 400 lelaki yang melakukan vasektomi (pemotongan dan pengikatan pada vasa diferensia kanan dan kiri) mendapati keghairahan meningkat 50% sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri berbanding sebelumnya. 40% menyatakan tiada perubahan, dan 10% menurun. Hal ini menunjukkan mereka yang melakukan vaksektomi berupaya memberi kepuasan yang lebih kepada isteri.

4. Lelaki abaikan kesihatan

Kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ke atas 351 lelaki di Lembah Klang berusia melebihi 50 tahun menunjukkan, secara umumnya lelaki mengamalkan gaya hidup tidak sihat, dengan 41.9% merokok (atau pernah merokok), 43.3% minum arak, 57.3% kurang bersenam dan 78.7% mengalami obesiti. Hasil kajian mendapati lelaki juga banyak mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi; kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran. Lebih 66.1% dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4% benar-benar sihat. Meskipun senarai masalah kesihatan ini panjang, hanya 38.4% menjalani pemeriksaan kesihatan.

5. Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat

Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolesterol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.

6. Agar tidak letih lesu

Jika anda lelaki yang telah berumur 40-an, anda perlu amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan tahap hormon testosteron tidak menurun. Penurunan hormon ini akan membuatkan anda cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam serta tidak berselera mengadakan hubungan seks. Apabila ini berlaku, anda akan mudah mudah naik angin atau meradang tidak tentu pasal. Dari segi kesihatan, testosteron penting kerana kekurangan hormon ini akan menyebabkan lelaki mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan masalah jantung. Selain itu, tahap kesuburan lelaki yang memasuki umur 40-an menurun akibat penuaan menyebabkan mereka seperti wanita berisiko mendapat zuriat terencat seperti Sindrom Down.

7. Lelaki lebih lemah daripada wanita

Ada banyak bukti menunjukkan lelaki sebenarnya jauh lebih lemah berbanding wanita terutama dalam aspek kesihatan. Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki Amerika diterajui penyakit jantung (28.4%), kanser (24.1%), kemalangan (5.8%), strok (5.2%), penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1%), kencing manis (2.8%), influenza dan pneumonia (2.4%), bunuh diri (2.1%), buah pinggang (1.6%) dan penyakit hati kronik (1.5%). Berdasarkan maklumat kesihatan Mayo Clinic, tabiat atau gaya hidup lelaki menyumbang kepada kematian awal kerana lelaki lebih ramai merokok, minum minuman keras, menyalahguna dadah dan terbabit dengan aktiviti seks bebas.

8. Makanan laut tingkatkan kualiti sperma

Ingin tingkatkan kualiti sperma? Manjakan diri kamu dengan makanan laut seperti abalon, tiram dan siput-siput laut yang lain. Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh meningkatkan kualiti sperma.

Labels: , ,







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





<--Newer Posts | Older Posts-->