.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Polis yang semakin tidak PROFESIONAL!!!
Polis Tembak Mati Remaja 15 tahun Semasa Kejar-mengejar????!!!!SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki 15thn, Aminulrasyid Amzah, ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.
Di katakan remaja tersebut yang kelihatan mencurigakan.
Sighhh...
Aku tak paham polis sekarang yang semakin berani menunjukkan 'kehandalan' dengan bertindak sesuka hati mak bapak tanpa membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.
Adakah mereka berhak untuk tembak sesiapa sahaja yang mereka rasa mencurigakan??
Sebenarnya hampir tiap-tiap hari kita dengar di berita :
"Seseorang yang memandu kereta dengan mencurigakan ditembak mati oleh polis"
Kita tak tahu sejauh mana kebenaran frasa ini, tapi secara logiknya, haruskan pihak polis terus menembak sesiapa sahaja tanpa ada sebarang alasan yang kukuh??
Ini tak, asalkan mencurigakan, terus tembak sampai mati. Adakah polis berhak menghukum mati sesiapa tanpa memberikan bukti yang kukuh???
Katakan jika orang mencurigakan itu sebenarnya tidak bersalah, jadi siapa yang harus disalahkan untuk kematian orang itu?? Adakah polis akan bertanggujawab?
Pernahkan kita dengar polis dipersalahkan atas kesalahan melepaskan tembakan??
Dalam kes harini, dikatakan remaja itu kelihatan mencurigakan, adakah polis pasti remaja itu telah membuat kesalahan?
Dah la tembak orang sampai mati, dipanggilnya pula remaja itu "penyamun", walaupun belum lagi sebarang siasatan dibuat. Adakah ini wajar???
Mungkin remaja terbabit sebenarnya mempunyai alasan untuk dilihat mencurigakan:
- Tidak mempunyai lesen
- Keluar 2pg, takut orang salah anggap.
- Punyai masalah psychology (paranoid etc)
- Ingin sampai kerumah secepat mungkin (kejadian 100m dari rumah mangsa)
Rakan mangsa yang ditembak yang sempat melarikan sekarang ini sebenarnya adalah saksi kejadian ini. Adakah saksi ini dijamin keselamatannya setelah semua ini terjadi???
Sekarang kes ini dalam siasatan. Kita lihat sejauh mana polis dapat menunjukkan tahap professional mereka pada kita.
Sumber
Malaysiakini Labels: Issues