.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
*
Friday 16
th April 2010
Kakak aku dah selamat melahirkan baby boy @8.36pm..Alhadulillah.. Walaupun
keluar ikut tingkap Caesar/ C-section, baby alhadulillah sihat. Begitu juga dengan maknye. Sonok nye aku.
Kakak aku beranak kat Hospital Muar. Nak pegi tengok terus pada harini memang tak dapat, sebab malas nak drive sesorang malam-malam. Mr Rush sure tak bole ikut sebab besok dia ada course.
Saturday 17
th April 2010
Pagi-pagi lagi hantar Mr Rush pergi bangunan CIMB, for the course. So memang plan nak drive to Muar sesorang , melawat kakak and anak sedara baru.
Aku drive kejap je from KL to Muar, about 1
1/2 hours je.
Hehehe.. Tapi sesampai kat sana, tak bole tengok plak baby tuh. Hadoiyaa.. Sebab baby tu still duk dalam baby ward. And only the parents je yang boleh masuk. Chedihnye..
Takpe, tengok maknye pun okay gak. And also jumpa mak aku kat sana cos dia dalam sebulan ni duk kat Muar jaga kakak aku tu berpantang.
Petang tu before balik ke KL, sempat meronda ngan mak aku, pusing-pusing sambil berpusing di pekan Muar tu. Pastu terus la pulang ke kota kuala Lumpur. Sampai kat umah pun hari dah golap.
Dalam kesediahan pagi tadiada bende yang meng 'happy' kan aku...
Ada call from Forest Plantation Development SB. Yup..yang aku pergi interview ari tuh.
"Congratulations.. u've got the highest mark for the last interview. "
Oh yeahhhh!! Of cos i am the best la kan. (takde la cakap kat orang tu macam tu)
And.. aku dah di offer untuk kerja kat situ.. Yessss..!!
Cuma kene tunggu surat offer plak.
Bestnye, dah lama tunggu nak dapat kerja. Last-last dapat gak, dah la dalam bidang yang aku nak ni. Chonot..chonot!!
Terus saja la call sang suami kan. Dia pun turut happy gak. Mau nye tak, pasni takde la duk menyusahkan dia sangat, asyik duk mengendeng ngan dia je. 100% my expenses asyik mintak ngan dia. Kalu aku dah ada keje ni, at least sesetengah bende tu aku guna duit sendiri la. SESETENGAH je okay!! Ok tak, sayang ??
Dan Hari ini
Sebab dah lama tak pulang ke kampung halaman sang suami, so kitorang decide nak balik la. Walaupun terpaksa balik-hari ,bukan hari yang terbalik. Nothing much, just macam biasa je kalu balik Benta. Pergi berkebun kat taman herba mini kitorang.
And laki aku biasalah, pergi tengok kebun sawit and getah dia tu, asyik dengan masalah babi je. Apa la sang babi tu, patut la orang guna nama dia kalau nak mencarut. Mana tak nye selalu bawa masalah kat pekebun-pekebun ni. Kat hutan tu punya la banyak tanah and pokok yang nak disondok atau kalu rajin ko jadilah penggembur tanah kat hutan yang memang tak bole bawa masuk mesin penggembur tu. Ni tak, yang ko rajin nak gemburkan tanah kat kebun orang sampai nak gembur skali ngan pokok-pokok yang kitorang tanam tu buat ape??
Aishhh.. macam la sang babi tu semua tau nak baca belog kot. Aku duk marah-marah kat sini pun tak guna.
So itu je lah aktiviti weekend ini.
Labels: activities, Family, Work