.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Buat masa ni aku rasa serik untuk ke Kuantan.
26 June 2010, SaturdayAda 3 agenda:
- Beli accessories for Delly at Low Yatt Plaza
- Pergi ke Kuantan for Majlis Sireh Pulang ke Gagang exsas (Mr Rush)
- Breakfast with exsas---yang paling best Che Are bawa 'temosa raja'(kueh dari pantai timur)--aku punya la lama duk mengidam nak makan kueh ni sampaikan mimpi makan kueh tu beberapa hari before ke Kuantan..OMG!!
Pagi tu bangun cam hari nak pergi kerja coz kene hantar Mr Rush ke Bangunan CIMB sebelah Sogo sebab dia ada course.So, after hantar dia tu, aku mmg plan nak jalan-jalan kat Low Yatt with my lil brother and ada a fren of Mr Rush, Mr Roza (Mr Hatter) yang stay kat kat rumah kitorang tu. Actually Mr Roza tu from Kuching and slalu datang ke Kl atas urusan kerja and sometimes atas urusan study sbb dia buat PJJ kat UKM. So Mr Roza ni walaupun sebaya with Mr Rush, Tapi kitorang dah anggap cam anak angkat kami (huhuhuhu..bole terima tak??).
Delly
Aku kene balik rumah dolu amik anak-anak angkat kat rumah yang belum tentu dah bangun tido ke tak..
So dalam kul 10am tu kitorang ber-3 pun keluar la ke Low Yatt. Hajat di hati nak beli accessories for our Delly (we named our lappy with that, comel tak?).
Hari tu tak banyak habis pun duit. Beli skit-skit je mane yang penting such as baju for Delly (kesian die telanjang takde apa-apa sarung), bag, cooling pad, mouse, and baju for our old compact camera (to be fair with our new DSLR).
Pastu agendanya adalah menghantar Mr Roza ke Kl Sentral, dia mau balik ke Kuching and naik ERL to KLIA.
Dah alang-alang ke KL Sentral, bole la juga mencari tiket adik aku tu nak balik Muar. nasib ada jual tiket bas kat situ. Malas nak pg Bukit Jalil. Jauh mak aihhh.. Tapi, ingatkan bas tu nanti naik kat Kl Sentral, tapi kene naik kat Bukit Jalil gak. Hampesss..Kat Kl Sentral tu menyempat gak la beli satu dua barang. Me and my brother tu beli kasut sepasang sorang.
Pas dah setle semua so terus saja balik sebab nak pack baju (bukan banyak pun, untuk satu hari je). Dengan penat yang tak abis lagi, aku terus jemput Mr Rush sebab dia dah sms banyak kali sebagai reminder yang kelas dia dh nak abis.
Kitorang direct bertolak ke Kuantan daripada tempat aku jemput Mr Rush. Driver?? Biasalah, of course la haku. tapi haritu drive sampai ke Temerloh je, sebab penat berjalan soping-soping awal tengahari td tak hilang lagi. Bila dah penat, mula lah ngantuk kan.. nasib baik Mr Rush meng'offer'kan diri nak drive..huhuhu
*
*
Plan nya bila sampai terus mau check-in. Sebab masa tu pakaian memang serabai je so nak mandi and tukar baju dulu. Pilihan pertama either Vistana or MS Garden. Sesampai kat Kuantan dalam pukul 7pm, punyelah teruk jalan jammed. Banyak kereta yang entah dari mana datang nya. Biasanya weekend aku ke Kuantan, takde la camtu punya ramai. And..2-2 hotel pilihan tadi rupanya sudah full.. Dasyat ye.
So me and Mr Rush meneruskan usaha mencari kat hotel lain. Dari yang berbintang smpai hotel yang takde bintang, semua full!!! wtf???!! Apakah!!! Unbelievable!!.Tengok jam sudah pukul 9pm, padahal majlis start pukul 8. Mr Rush kata takde maknanya nak pergi majlis tu. Dah la kecapetan yang amat, bilik pun tak jumpa lagi.. Apakah nasib kitorang berdua masa tu..
Dengan semangat yang sudah beransur hilang, kitorang still nak cari bilik. Pada aku plak, sebab dalam kepala ni dah set nak tido kat hotel, pastilah tak sedap kalau terpaksa balik ke KL semuala. So, kitorang terus mencari dari kuantan ke Cherating.Tapi, memang menghampakan. Kitorang macam tak percaya yang semua hotel tak kira yang cokia ke yang bagus ke, memang full!!! sekali lagi saya ulang, FULL !!!!. Aku dah nak nangis sebab...pertama : aku dah penat sangat.. kedua: ntah mana semangat aku dah terbang..jadi cam orang yang frust (penat yang pertama tu mungkin sebab aku tk hilang semangat and mood).
Mr Rush ajak singgah memana for dinner. Memandangkan masa tu dah kul 10pm, so kitorang singgah la di Pak Su Seafood, dinner la dengan seafood di tepian pantai dengan mengadu nasib pada bulan ..Wargh..berpuitis lak yer.. Lupa nak bawa turun camera time tu, and kaki dah gile punya tak larat so malas nak gi amik camera kat dalam kete. Tapi night scenery kat situ memang superb, bulan kat atas and ada reflection cahaya bulan kat atas laut, walllaahhh..memang chantek.
Mr Rush sebenarnya nampak seperti dah hilang semangat nak cari bilik, dia pun cakap memang dia dah tekad nak balik KL semula. Oh..apakah!! Sedihnya, dah la penat and aku tau Mr Rush pun penat, and esokkan nya terlepas la aku nak makan temosa tu..hukhukhuk..
Nak tak nak, ikutkan je keputusan yan Mr Rush buat tu. Tapi before balik dia nak jumpa member2 exsas dulu.Nak dijadikan cerita, aku rasa aku dah start demam masa tu. Badan dah panas and sakit2 muscle. Uiss...frust cari hotel smpai ke demam..Dasyat kan?? Ye laaaa... aku dah la tak mandi lagi, satu kali je mandi, tu pun pagi-pagi before hantar Mr Rush pg kursus tu. Badan dah melekit tak hingat, mood pun tak baik.. terus demam la..So Mr Rush pg melepak dengan memember and aku tido jer dalam kete dengan nyeyak. Sampai la kul 3am baru Mr Rush habis sesi berlepakan dengan teman2nye. And aku sambung je tido, sian die drive sesorang dengan takde teman. Dalam jam 5.30am, akhirnya sampailah kitorang kat rumah KL. Terus tido wei..PENAT sangat..
uissshhhh...TRAGIS sungguh... Bermula dari waktu itu sampailah skang, aku rasa serik nak pergi Kuantan utnuk bermalam. Memang la sedara aku banyak kat sana, tapi segan la nak menumpang. Even malam tu ada je membe Mr Rush yang ajak tumpang tido rumah dia, tapi seganlah kan..
Tapi aku pelik sangat, bukan aku je, ngan Mr Rush pun macam tak terfikir benda-benda camtu akan jadi. Tak tau lak rupa-rupanya kat Kuantan ada event..
JOM HEBOH!!!!!
Memang heboh la kan sampai semua hotel kat bandar kuantan smpai ke Cherating tu boleh habis dek kerana orang ntah dari kampung mana nak pergi ke JOM HEBOH kat Kuantan tu. Boleh diterima akal tak???
Kalau tahu awal-awal camtu, memanglah kitorang akan buat booking dulu for hotel room. Tapi sudah aku bilang, sesungguhya apa yang jadi pada malam tu memang tak sesekali kitorang terfikir akan berlaku. Bukan kitorang tak biasa ke Kuantan, tiap-tiap bulan at least ada sekali or dua kali akan ke Kuantan . And selama tu, tak pernah terjadi Bandar Kuantan dipenuhi segala jenis orang and yang peliknya, dari mana and nak kemana lamanusia-manusia yang tolong penuhkan bilik hotel tu ??!! Kot-kot orang yang dari pedalaman tu, datang ke Kuantan untuk tengok Jom Heboh. Mungkin juga kan?? dasyat wei..stay kat hotel semata-mata nak pergi Jom Heboh...
Bagi kitorang (me and Mr Rush), malam tu memang sangat tragis..
And...setakat hari ini sampai ntah bila, aku memang serik nak overnite kat Kuantan lagi..
Labels: Rambling