.........................................~~~~~~~~~~~~xoxoxoxox~~~~~~~~~~~~......................................
Start keluar dari rumah awal pagi tadi. Eh, dikira awal ke kalau 930?? Me and Rush berhajat tadi nak brunch terus. So we chose Leha Kelfood. Actually kat situ, nak kata sedap sangat tu, takde la. Tapi disebabkan banyak choice of foods kat situ, itu yg buat kitorang pilih setelah tiada pilihan lain yang lagi ok. But....... Harga makanan kat situ bole tahan la berlebihan, boleh buat poket aku kering la kalu makan TIAP-TIAP pagi.
Jadi after having the brunch, kitorang terus bertolak. Perjalanan adalah menghantar husband aku itu ke jetty pulau perhentian, kuala besut. Kerana, dia nak pergi menengok-nengok resort dia kat sana. Aku tidaklah pergi masuk ke pulau bersama kerana aku nak jenguk kampung halaman di Kota Bharu.
So, untuk menuju ke Kuala Besut, jalan yang perlu dilalui dari KL adalah Bentong-Raub-KualaLipis-Merapoh-GuaMusang-Kuala Krai-Machang-Jerteh-Kuala Besut. So, seperti biasa kalu kitorang balik ke KB pun, kitorang akan bahagikan 2 shift untuk pemandu. 1st Shift: KL-GuaMusang , 2nd Shift: GuaMusang-KB. Walaupun kali ni bukan ke KB, tapi anggaplah jaraknye hampir sama. Untuk 1st shift, aku la yang amik. Takut kalu later, aku mengantuk lak. Kalu awal-awal tu kira fresh lagi. Bila dah sampai GuaMusang, berhenti di R&R ,membuang apa yang patut dibuang, and tukar 2nd shift, Mr Rush take-over plak.
Sampai di Jertih 4pm, ingat nak singgah kat pasar malam kat situ and have an early dinner. Mr Rush yang punya idea, dia kata sedap and senang nak makan kat situ terus. Tapi sekali kitorg pergi, pasar tu belum jadi malam lagi. Ye larr.. Dah nama pasar malam, paling awal sure dalam kul 6pm baru buka. Jadi, fikir punya fikir, kitorang decide nak makan keropok lekor je la kat Besut tu. Memang kat sana, sepanjang jalan kiri dan kanan ada kedai keropok, nak bungkus boleh and nak makan terus kat situ pun boleh. Kitorang, makan terus je kat situ bersama hidang 'teh beng'. Memang manyak syiok oooo..
Memandang laki aku tu tk bole lelama lepak bersama isterinya ini, sebab last bot ke pulau 5pm, jadi aku kena ke jeti and terus hantar dia, yang sesungguhnya kelihatan sudah tidak sabar mau masuk ke pulau.
Sob..sob..sob... Sedih plak terasa kat hati bila terpaksa berpisah ngah Mr Rush ni. Memang la kalu kira bukan lama sangat berpisah pun, Selasa 04May10, pepagi aku dah pergi ke jeti semula nak amik dia. 2 malam saje.. Tapi... Dua malam tanpa bintang, dan diriku dihimpit keresahan (tone 3mlm-Fiq)..... Kiranya walaupun dua malam, tetap tak best kalu takde pakcik tu. Aku ngan dia bukan biasa berenggang. Melainkan office hour je tak skali, yang lain semua berkepit jer. Bagi AKU, being beside of him makes me really happy and calm. Tapi tak tau la ape yang dirasa oleh DIA plak. Maybe sometimes dia nak ada waktu yang aku takda kat sebelah dia. Supaya takda la cepat bosan mengadap muka aku ni hari-hari tanpa ada ruang untuk benda lain. Jangan sampai nanti ada yang terkeluar "give me some space, ok!!!" Haaa... Amik kau kalau terkeluar camtu. Tapi kan, I percaya my Rush takkan cakap camtu. I trust him because he trust me...*wink*
Whatever it is,mari kemari aku mau sambung cerita hari ini.
From jeti aku terus shoot ke KB. Mula-mula ingat nak singgah umah abang sulong aku, AbgZa di Kedai Lalat (classic kan nama tpt ni??!!). Tapi aku rasa better aku pergi ke Jalan Bayam dulu, umah parents. Tapi sebenarnya lupa nak mention kat sini, my mak are now at Muar, ngah jaga my sis, ina yang dalam pantang. Adik aku yang duk sama ngan mak aku pun ada kat Muar. Jadi, kat rumah tu memang takde orang. Tapi my 3rd brother ada kat umah sebelah. And sooo... Yang sekarang yang ada di KB hanya 2 orang brother aku ni besama family, means ada dua rumah yang bole aku stay. Either di Kedai Lalat (KL??) Or Jalan Bayam (JB??). Aku ada dua malam di KB ni, so satu malam untuk setiap rumah. Malam ni (malam pertama???!!) Aku tido umah yang sulong, and esok (malam kedua) aku tido kat abang ke-3. Adil dan Saksama!!!! Tu la, sapa suruh mak aku takde kat umah, dah jadinya aku takut nak tido sesorang kat umah tu.
Okeayyy.. Settle yang tuh!!!
Before aku sampai mana-mana rumah, aku singgah la kerumah my bestfren, Nini. Hahh..sanggup singgah rumah kawan dulu sebelum sampai ke rumah family!! Inilah kawan yang baik *wink* . Family plak, disebabkan my mak berada di luar kawasan, so boleh excuse la untuk kali ini.
Lepak punya lepak, agak lama la juga. Dari 630pm -800pm. Mak aku dah bising-bising call tanya aku kat mana sebab 2-2 abang itu telah membuat report belum sampai kerumah mana-mana lagi. So, better aku pergi melapor diri ke rumah di 3rd brother yang agak hampir ngan umah member aku tadi. Setelah berjaya lapor diri, aku terus ke rumah yang sulong.
Actually, aktiviti untuk malam ini tak banyak pun. Keluar dinner with AbgZa, KakYah(SIL), niece and newphew, makan nasi kukus. Pastu, main pc games jap. And now, punyalah sakit tangan aku duk menaip buat entry ni. Sakit sebab guna BB je. Canggih sangat kan, sampai takde laptop ke ape ke, just guna BB.
Ape-ape ajer... Nnt untuk report seterus akan disambung kemudian hari..
(To be updated)
Sent via BlackBerry from Maxis